Thursday 30 July 2015

Dakwah maksud hidup

Bismillahirrahmanirrahim.

Dakwah. Semua orang tahu dakwah penting. Banyak firqah2 dan hizb2 badan2 kerajaan dan bukan kerajaan dan parti2 Islam dan persatuan2 dan pelbagai konsultansi yang wujud pada hari ini. Semuanya ingin menyebar dakwah.
  Tapi, saya hendak menyentuh satu saja. Dakwah Tabligh. Satu gerakan yang mengenengahkan iman yang sohih dan amalan yang solih. 6 sifat para sahabat sentiasa di muzakaroh dan diulang-ulangkan ketika keluar di jalan Allah. Yakin kepada kalimah toyyibah La ilaha Illallah, sembahyang khusyuk dan tawadhuk, ilmu dan zikir, ikramul muslimin, ikhlas niat, dan mujahadah di jalan Allah.
  Apakah penyakit terbesar ummat Islam pada hari ini? Jahil,penyakit tidak tahu? Memang. Banyak yang melanggar hukum Tuhan kerana tidak tahu@jahil agama. Tetapi pada era zaman moden ini, sudah tersebar Islam ke merata. Ramai orang sudah reti Islam dan apa batasan2nya. Orang Islam begitu ramai tetapi krisisnya ialah hanya berapa kerat sahaja orang Islam yang mengamalkan cara hidup Islam! Ini semua tidak lain. Jawapannya ialah lemah iman.
  Dari kerana itulah Maulana Ilyas rahmatullaahi'alaih telah menginisiatifkan,  mempergerakkan satu jemaah daripada bumi India, iaitu bermula di perkampungan Mewat pada suatu masa yang lepas. Di situlah mulanya gerakan islah ini. Satu jamaah dibentuk bagi keluar di jalan Allah dan untuk belajar iman. Dek kerana lemah imanlah umat manusia hari ini tidak malu dan tegar melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul.
  Inilah gerakan yang telah diterima pakai oleh sebilangan besar ulamak pada masa kini. Ulamak2 di rantau Arab, Afriqa, Timur Tengah, mahupun di Jawi kini giat memperjuangkan jemaah Islah ini(jemaah tabligh). Yakinlah bahawa hanya harakah yang tidak berkepentingan inilah yang dapat mengubah ummat pada hari ini ke jalan sebenar. Untuk membina daripada keluarga Islam, dan masyarakat Islam, wilayah Islam, dan seterusnya lahir pula daulah Islam.
Intaha.alfaqir.