Monday 23 June 2014

BAYAN KHURUJ AFKAR2 (poin2) PENTING

  Bisllahirrahmanirrahim.
Tanggal 15Syaaban 1435H.
Pagi yang bertuah. Syukur kepada ilahi kerana pagi ini aku dapat mendengar bayan hidayat iaitu satu syarat untuk keluar di jalan Allah.

Haji Man Patlung,insan yang berhalus. Bayannya slow2 dan beranjur2.Tetapi hasilnya didapati poin2 yang cukup berharga dan mahal.Memang tidak mengantuk dengar bayannya,yang mana seolah2 satu 'fikrah',persediaan,senjata yang diperlukan di medan khuruj nanti. Amat bertenaga dan semangat dengan taujihat dan nasihat2nya.

Sudah bayan hari inilah baru ku tahu rupa2nya dia ini bayan.nama sudah lama didengari, perkataan-perkataannya.Hari ini baru kenal empunya badan.

Benarlah kita perlu dengar bayan hidayat ini daripada awal hingga akhir. Untuk sempurna khuruj kita fi sabilillah. Poin2 dalam bayan hidayah ini amat penting untuk diingati seterusnya diamal. Bahkan nasihat dan tip2 yang mahal2 saja didapati di dalamnya jikalau daripada karkun dan orang lama@orang tua dalam kerja ini.

Masyaallah,
7 hari untuk kali kedua.
insyaallah istiqamah di jalan ini.
Bak kata Maulana Yusuf, ' dakwah fid darajatil Ula ,dakwah di tangga yang pertama'. Benda yang paling utama melebihi yang lain.
Kata Maulana Saaid Ahmad Khan,''Siapa yang tukar benda ini,hak Allah letak dalam Quran seperti begitu dia kena taubat!'';seperti kata sesetengah orang~dakwah2 pun kena mengaji....

Aku orang mengaji. Orang pondok. Berbangga dengan jalanan ini. Yakin dengan manhaj guru tua. Tidak menafikan mengaji ini. Mengaji tetap mengaji, tetapi dakwah ini kena bergerak seiring dengan mengaji. Bandingnya seperti burung yang mempunyai dua sayap,takkan boleh terbang tanpa keduanya.

14/6/14

Permata2 kutipan murabbi Jaulah Yaman

Alhamdulillah.
Perkongsian murabbi pagi yang barakah Jumaat 15 Syaaban 1435H
Syukur teramat dengan taufiknya Allah beri kepada hamba yang dhoif ini satu murabbi lagi murshid yang hakiki iaitulah Pak Da Eil kerasak@Baba Ismail Abdurrahman Kerasak. ini sedikit sebanyak perkongsian syeikhuna selama sebulan beliau ke bumi Auliya' di Yaman..

  Kata syeikhuna Pak Da Eil@Baba Ismail Abdurrahman Kerasak alkisahnya sebelum ini sudah lama dan beberapa kali Baba Abdul Aziz Pungguk mengajaknya ke Yaman untuk menerima sanad2 di Yaman. Tetapi katanya kepada Baba Ziz,'' Kita nak keluar Baba..'' beginilah jawapan yang diberikan oleh syeikhuna apabila diajak oleh Baba Ziz ke Yaman. masyaa Allah begitu komited sungguh guru kami ini dengan kerja dakwah!! Inilah satu benda yang mengejutkan aku sebenarnya. Dan sehinggalah saat yang ditentukan Allah, baru sahaja tidak sampai sebulan Pak Da sudah balik daripada sana dengan izin Allah setelah sebulan bermastautin di sana. Dan begitu banyak benda yang dia dapat di bumi Yaman terutamanya kalau hendak di sebut ialah guru2 tua@Habib si sana sama pegangannya dalam banyak perkara mengenai perihal pengajian di pondok,dari segi pegangan mereka dan sebagainya amat mirip dengan apa yang sudah dipraktikkan di pondok kami di Pattani,Thailand. Pegangan mereka tentang bergambar, tentang pukul gendang, tidak boleh bojeng,dan lain2 mirip pegangan tok2 guru tua pondok termasuk syeikhuna.Maasyaallah. Ini mengukuhkan lagi pegangan kita dalam masalah ini. Allah Taala menunjuk akan sebenar2 jalan yang suci itu.

Banyak perihal Yaman yang beliau cerita;
Yaman selamat kalau berjalan dengan perempuan.

YAMAN kita tengok orang itu dudukan dia dan perwatakan biasa tetapi di waliyyullah.

Pak Da kata alhamdulillah dia dapat pergi masuk tempat para waliyullah yang masyhur di sana. WALI DI sana 'alim lagi mengajar orang tetapi untuk baiki diri dia lagi dia buat satu lubang untuk islah diri, biar masuk pula apa yang dia ajar kepada manusia. Ini satu tingkat lagi yang dilalui mereka dengan mujahadah sedemikian.

Di Yaman banyak lagi athar2 dan bekasan para wali. Tempat2  dan peninggalan seperti kubur dan lain2 lagi menurut syeikhuna al'alim ad daie Pak Da, perlu dijaga sebaiknya dan jangan dimusnahkan seperti banyak yang terjadi di Arab Saudi. Athar2 inilah kita boleh ambil berkah daripadanya.

Yang besar ialah Tuhan kurniakan kepada syeikhuna ini bertemu dan menerima sanad2 ilmu daripada dua orang Habib yang besar di sana. Iaitulah Habib Umar dan Habib Salim(semua sanad2 ada di dia~guru tua). Beliau kata kitab2 yang diijazahkan sanad itu yang mana mengajar dah belaka seperti Ihya' Ulumuddin Riyahdus Solihin dan banyak lagi. 2 habib ini mengijazahkan kepadanya sanad2 tersebut dan menyuruhnya agar memberi pula kepada murid2nya.Inilah yang paling mahal dan susah sekali didapati oleh orang. Allah2. Kata ustaz yang membawanya,'ini payah Baba,jarang orang boleh seperti ini''. Guruku ini dapat berjumpa Habib Umar dengan tidak dirancang2 dan seolah2 hampir tidak dapat berjumpa dah. Tetapi Allah Taala Kuasa. Sehari sebelum dia pulang ke Kerasak beliau dipertemukan dengan Habib Umar juga bahkan dua kali lepas Subuh dan malam pula Habib Umar mengajaknya makan. Tapi katanya, nak boleh itu ada ujiannya malam itu lepas ceramah dan nasihat lepas Isya' Habib Umar terus keluar dan ghaib entah ke mana. Beliau menunggu bersama ustaz yang membawanya agak lama. Hingga hampir2 balik ke rumah. Tapi akhirnya Habib Umar kata saya akan pulang dan akhirnya malam itu bertemulah Pak Da Eil dengan Habib Umar serta pengijzahan sanad2 yang begitu bernilai sekali.

Apa yang besar lagi di Yaman beliau berjumpa sekali lagi dan membawa balik sanad wirid yang kami amalkan di Kerasak. Beliau berpesan agar jangan ditinggalkan wirid ini. Semasa di Kelantan tak berapa lama lepas dia bertemu syeikh daripada Lubnan,yang juga mengatakan wirid2 ini hanya diamalkan ulama2 besar sahaja di Lubnan. Itu semua hanyalah menguat lagi apa amalan ini yang mana katanya dia telah terima daripada allahyarham Ayah Sein, Haji Hashim Pasir Tumboh berapa kali,semasa di Pasir Tumboh dan semasa Ayah Sen datang ke Kerasak.

14.06.14

KITAB JAWI YANG MESTI DIPELAJARI

Kitab jawi ialah kitab berkat. Ulama dahulu iaitu Ulama Jawi Tanah Melayu kita begitu ikhlas meninggalkan warisan kitab bagi anak cucu mereka agar tidak tersesat. Antara kitab yang mesti dikhatamkan ialah:

Faridatul Faraid:bicara Usuluddin,makrifat
Wisyahul Afrah:bicara Feqah
Munyatul Musolli:bicara Sembahyang

3kitab yang hamba sebut di atas ialah yang disebut2 oleh tok guru kitab yang mana 'mesti' dan 'wajib' dikuasai oleh kita. Mengaji dan pandai. Itulah kitab yang boleh melepaskan tuntutan fardhu ain di atas kita orang beriman.
Antara kitab yang mudah dalam belajar ilmu Usuluddin atau Tauhid lagi ialah kitab Takribul ikhwan. Jika tidak mampu untuk baca Faridah kitab ini memadai. Kitab ini menurut tuan guru Pak Da Eil Kerasak dia menaqal daripada tuan kitab iaitu Ayah Dir Sekam katanya,''Sesiapa yang reti(pandai) kitab ini cukup dah untuk lepas fardhu ain''. Maknanya kitab nipis itu sudah cukup untuk lepas daripada kefardhuan kita orang mukallaf,tetapi inilah yang dilupakan ummah sekarang. Tinggal mengaji Ilmu Tauhid yang mana terpenting sekali di zaman ini untuk menjaga iman di hati. Ilmu Iman,Ilmu mengenal Tuhan inilah yang terpenting dan muhim sekali di dalam hidup ini.
Percayalah. Ikutlah nasihat tok2 guru dahulu.Mereka orang yang wara' lagi pula 'alim sesungguhnya.Jalanan tok2 Guru tua dahulu di Tanah Melayu kita ialah yang sebenar lagi hak,betul dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang mana disebut dalam hadis,iaitulah 'man ana 'alaihi waashabi'.

Alulama' warasatul anbiya'
Tapi beringatlah dengan ulama suu' di akhir zaman,
Carilah guru murshid,
Yang Tahu lagi pula Irshad menunjuk dengan perbuatan dan perkataan,
Lazimilah Ulama' seumpama itu,
Kerana melazimi ulama
samalah seperti suburnya pokok
apabila melazimi akan air.

10.5.14

KITAB JAWI YANG MESTI DIPELAJARI

Kitab jawi ialah kitab berkat. Ulama dahulu iaitu Ulama Jawi Tanah Melayu kita begitu ikhlas meninggalkan warisan kitab bagi anak cucu mereka agar tidak tersesat. Antara kitab yang mesti dikhatamkan ialah:

Faridatul Faraid:bicara Usuluddin,makrifat
Wisyahul Afrah:bicara Feqah
Munyatul Musolli:bicara Sembahyang

3kitab yang hamba sebut di atas ialah yang disebut2 oleh tok guru kitab yang mana 'mesti' dan 'wajib' dikuasai oleh kita. Mengaji dan pandai. Itulah kitab yang boleh melepaskan tuntutan fardhu ain di atas kita orang beriman.
Antara kitab yang mudah dalam belajar ilmu Usuluddin atau Tauhid lagi ialah kitab Takribul ikhwan Ayah Dir Sekam( Abdul Qadir bin Wangoh). Jika tidak mampu untuk baca Faridah, kitab ini memadai. Kitab ini menurut tuan guru Pak Da Eil Kerasak dia menaqal daripada tuan kitab iaitu Ayah Dir Sekam katanya,''Sesiapa yang reti(pandai) kitab ini cukup dah untuk lepas fardhu ain''. Maknanya kitab nipis itu sudah cukup untuk lepas daripada kefardhuan kita orang mukallaf,tetapi inilah yang dilupakan ummah sekarang. Tinggal mengaji Ilmu Tauhid yang mana terpenting sekali di zaman ini untuk menjaga iman di hati. Ilmu Iman,Ilmu mengenal Tuhan inilah yang terpenting dan muhim sekali di dalam hidup ini.
Percayalah. Ikutlah nasihat tok2 guru dahulu.Mereka orang yang wara' lagi pula 'alim sesungguhnya.Jalanan tok2 Guru tua dahulu di Tanah Melayu kita ialah yang sebenar lagi hak,betul dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang mana disebut dalam hadis,iaitulah 'man ana 'alaihi waashabi'.

Alulama' warasatul anbiya'
Tapi beringatlah dengan ulama suu' di akhir zaman,
Carilah guru murshid,
Yang Tahu lagi pula Irshad dengan perbuatan dan perkataan,
Lazimilah Ulama' seumpama itu,
Kerana melazimi ulama
samalah seperti suburnya pokok
apabila melazimi akan air.