Monday 23 June 2014

KITAB JAWI YANG MESTI DIPELAJARI

Kitab jawi ialah kitab berkat. Ulama dahulu iaitu Ulama Jawi Tanah Melayu kita begitu ikhlas meninggalkan warisan kitab bagi anak cucu mereka agar tidak tersesat. Antara kitab yang mesti dikhatamkan ialah:

Faridatul Faraid:bicara Usuluddin,makrifat
Wisyahul Afrah:bicara Feqah
Munyatul Musolli:bicara Sembahyang

3kitab yang hamba sebut di atas ialah yang disebut2 oleh tok guru kitab yang mana 'mesti' dan 'wajib' dikuasai oleh kita. Mengaji dan pandai. Itulah kitab yang boleh melepaskan tuntutan fardhu ain di atas kita orang beriman.
Antara kitab yang mudah dalam belajar ilmu Usuluddin atau Tauhid lagi ialah kitab Takribul ikhwan Ayah Dir Sekam( Abdul Qadir bin Wangoh). Jika tidak mampu untuk baca Faridah, kitab ini memadai. Kitab ini menurut tuan guru Pak Da Eil Kerasak dia menaqal daripada tuan kitab iaitu Ayah Dir Sekam katanya,''Sesiapa yang reti(pandai) kitab ini cukup dah untuk lepas fardhu ain''. Maknanya kitab nipis itu sudah cukup untuk lepas daripada kefardhuan kita orang mukallaf,tetapi inilah yang dilupakan ummah sekarang. Tinggal mengaji Ilmu Tauhid yang mana terpenting sekali di zaman ini untuk menjaga iman di hati. Ilmu Iman,Ilmu mengenal Tuhan inilah yang terpenting dan muhim sekali di dalam hidup ini.
Percayalah. Ikutlah nasihat tok2 guru dahulu.Mereka orang yang wara' lagi pula 'alim sesungguhnya.Jalanan tok2 Guru tua dahulu di Tanah Melayu kita ialah yang sebenar lagi hak,betul dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang mana disebut dalam hadis,iaitulah 'man ana 'alaihi waashabi'.

Alulama' warasatul anbiya'
Tapi beringatlah dengan ulama suu' di akhir zaman,
Carilah guru murshid,
Yang Tahu lagi pula Irshad dengan perbuatan dan perkataan,
Lazimilah Ulama' seumpama itu,
Kerana melazimi ulama
samalah seperti suburnya pokok
apabila melazimi akan air.

No comments:

Post a Comment