Friday 10 January 2014

Cuci basirah bil Mujahadah!!

Apa basirah?? Itulah mata hati.
MATA hati?? Maknanya bukan mata zahir 2 biji inilah, mata yang di dalam itu. Itulah namanya basirah!

قال الله: قل ھذه سبيلي أدعوآ إلى الله على بصيرة أنا ومن اتبعني. الآية

Sahabat2 yang dikasihi, ketahuilah bahawa mata hati itu cuci, bersinar, terang dan cerah jiloh(bak kata Orang Kelate) dengan adanya mujahadah. Mujahadah macam mana? Iaitulah dengan keluar pada jalan Allah. Jihad dalam jalan Allah. Samada jihad menuntuti ilmu atau berdakwah.
  Ia. Belajar dan dakwah. Belajar ilmu agama yang ditunjukkan ulama2 muktabar dan menyebar ilmu itu kepada ummah.
  Syukur pada Tuhan yang memberikan ini jalan. Jalanan pondok dan jalanan tabligh. Sungguh murni dan sebenar mujahadahnya.
  Bukan menidakkan firqah dan hizb dan golongan lain. Tapi apa yang telah Allah swt tunjukkan kepada hamba yang hina dan faqir ini,begitulah.
  Bukan apa. Berdalil bahawa kedua jalanan inilah yang telah dan sedang diharungi mereka para alim Ulama seantero dunia sekarang. Di Nusantara ini, di benua India, Afrika, Timur Tengah, Eropah, dan boleh katakan seluruhnya. Mengambil pesaka Nabi iaitu Ilmu. Dan fikir dan risau Nabi pada Ummat,iaitu amar makruf dan Nahi Munkar.
    
  Berbetulan dengan jalanan ulama pondok di Fatoni, Kelantan, Kedah, dan lain2 lagi di Indonesia yang semakin bangkit bersinergi dengan jalanan dakwah@tabligh. Alhamdulillah, itulah waki' dan suasana yang berlaku hari ini dan Insyaallah summa Insyaallah berkembang naik sedikit masa lagi. Allahul musta'aan.

  Moga Allah swt merahmati kita semua. Orang orang yang mengikuti para Nabi, tabien, tabi' tabien dan mereka yang mengikut tabi' tabien hingga ke hari qiamat.
Moga Tuhan memberikan baik kesudahan kepada kita semua,iaitulah husnul khotimah.Yakni  mati di atas kalimah Laa Ilaa Ha Illallah..

Wallahua'lam.
Alhaqir, Ibnu Zakuan albasyuqi.
Tandak Renab, Sego, Golok Narathiwat. 9:29.

No comments:

Post a Comment