Monday 15 November 2021

Ulamak Fatoni dan Perjuangan Menghidupkan Ilmu

Ulamak-ulamak Fatoni Darus Salam.

Hebatnya kalau dikaji mengapakah Fatoni dinamakan Serambi Mekah(@Cermin Mekah mengikut pakar sejarah Pattani: Us Wan Begho,Pattani).Serambi Mekah ialah gelaran sama yang disandang oleh bumi Kelantan Darul Naim,dan bumi Aceh Darus Salam.
Ini,tak lain tak bukan kerana ulamaknya yang begitu ramai dan profesion mereka yang utama iaitu untuk mencetak bakal ulamak-ulamak. Ringkasnya,pondok ialah tempat mencetak dan melahirkan ulamak-ulamak.

Kebanyakan ulamak-ulamak ini buka pondok dan berkat,sehingga ada yang masih hidup sehingga puluhan tahun dan melangkau setengah abad!
Setelah ketiadaan mereka,pondok disambung oleh murid-murid atau menantu-menantu mereka samada di tapak pondok tersebut atau buka pondok ditempat lain.Kehidupan masyarakat yang begitu agungkan dan membesarkan tokoh-tokoh guru mereka. Memuliakan alim ulamak.Dan lebih pada itu,keyakinan mereka kepada sistem pengajian pondok,dengan cara menghantar anak-anak mereka untuk bersimpuh,memondok,dan bertalaqqi di pondok-pondok. Walaupun sampai bertahun-tahun dan berpuluh tahun!
Mengaji bertahun-tahun,tuuluz zaman,sehingga 'alim,itulah pegangan dan cara murid-murid@budak pondok@tok faqir. Sebagaimana jawab Tok Bermin ketika ditanya tentang cara nak jadi 'alim, "Bagaimanakah kita nak beri jadi baka 'alim ,tok guru(yakni walaupun kita bukan daripada keturunan orang 'alim tetapi kita hendak jadikan keturunan kita 'alim yang bermula daripada kita)?" ,jawab Tok Bermin, "Mung ambik dua karo ni,Pelajin,Pelamo".Yakni kena rajin mengaji, dan beri lama masa.

Kata syaikhuna Babo 'Eil Kerasak, apakah nas dia kita turut tok-tok guru pondok ni?,jawab Babo, " Surah yasin ayat 21,Allah swt sebut kita kena turut orang yang tak minta upah dan merekalah orang-orang yang dapat hidayah"


Intaha. Teratak Pa'Pura. 22:46,15Nov2021


#BerilmuBeramalBertaqwa

#MengajiMengajarBerdakwah

Saturday 2 January 2021

Duhai wanita..

Ku tak lihat kecantikanmu

ku tak sirna dgn keelokan wajah

jauh ku mengira harta dan pangkat

tetapi ku pilihmu sbg surihati

mengira agama dan bangsa,

jauh di sudut hati

harapan yg nyata

demi memurnikan agama

ku tak pinta yang lain

hanya kesolehanmu,

kelembutan sbg serikandi terpilih,

ketegasan atas dasar agama,

cukuplah kewarakan disamping ilmu,menjadikanmu insan mulia kerna iman dan taqwa itulah sebaik pertaruhan,

duhai wanita..

cantikmu bukan diwajah,
tetapi di hatimu..

Benarkanlah qasadmu
Betulkanlah peganganmu
Hiasilah dirimu dengan adab
Rendahkanlah dirimu disisi khalayak
Kaulah bakal penerus,
Jangan ditipu dan dileka,
dek dunia dan kawan,
kerana nafsu dan syaitan,
Nescaya dirimu rugi,

Intaha.Kalam al faqir
Hotel Oyo ,Rivervillage,Kuala Ibai,Chendering,Kuala Terngganu.
Pagi Subuh bening,
19 JamadilAwwal 1442