Friday 15 April 2022

Sowan ke Masjid2 Tareem

 Alhamdulillah.malam 14 ramadhan 1443H tahun ini, dapat berkunjung ke beberapa masjid di Tarim. Bersama sahabat2 'malaikatun fil ardhi', sahabat2 Maahad Darul Hadis lil Irts anNabawi,Tarim,bersama syeikhuna wamurobbi ruuhina,AsSyeikh Yasir bin Salim asSyuhairi.

1) Masjid Ba'alawi
2 )Masjid Umar Mihdhor (Sirr keamanan Tarim)
3 )Masjid Assaggof(Faqih Muqoddam assani)
4 )Masjid Mudeihej(Mudeihej ialah zuriat keturunan Imam alHaddad)
5 )Qubbah Abi Murayyim(al-allamah Muhammad bin Umar)(tempat menghafal Quran tertua di Tarim,sejak kurun ke 8hijrah.Habib Umar hafizohullah juga menuntut disini semasa kecil beliau)
6 )Masjid Abdullah al-Idrus (Sultan alMala)

Memang barokah tempat2 ini. Sesetengahnya wujud makbad(tempat ibadat@tempat suluk) seperti di dalam Masjid Abdullah al Idrus.

Buat pengetahuan,jalan antara Masjid Ba'Alawi dan dan Masjid as-Saggof dikenali sebagai Qalbu Tareem, dimana Habib Ahmad bin Hasan al-Attos yang buta matanya bila dipimpin melalui kawasan situ,beliau mengatakan "inilah Qalbu Tareem!"Masyaallah..

Dan tempat yang mustajab doa sebagai perhatiannya,di dalam masjid assaggof ialah bainal Ustuwatanatain,yakni diantara dua tiang(ada dihadapan bersebelahan kanan tempat solat Imam.di atas itu wujud Lauh Habib Abdullah AlIdrus?)

Perkataan2 Kibaar Auliya'@Habaib tentang kelebihan masjid2 ini:

1) Masjid Umar Mihdhor
"Masjid aku ini menghapuskan dosa2"
"مسجدى هذا هدام الذنوب"

2) Masjid assaggof,
"Tidaklah aku meletakkan batu binaan pada masjid ini melainkan Nabi berada di Mihrab dan Imam Mazhab Empat berada di rukun2(tiang2).

3)Masjid Ba'Alawi:
Berkata Habib Umar AlMihdhor, "Masjid kaum wahai sahabatku, barangsiapa yang sembahyang padanya satu rakaat(pun),nescaya mendapat keberkatan.
"مسجد القوم يا صاح(اى صاحبى) جمعا، 
"من ركع فيه ركعة تبارك

Dan dikatakan,
"Semua orang medapat kemuliaan dengan masuk dalam masjid Ba,Alawi melainkan Hamid bin Umar Ba'Alawi ,masjid mulia dengan sebabnya"

Satu tempat lagi yang sayangnya tutup,kami tidak sempat pergi.Di ma'bad kepunyaan Seikh Abdurrahman alMasyhur sohib kitab Bughyah alMustarsyidin.Ianya tidak jauh daripada masjid almihdhor.Insyallah akan datang ke sana.

Wallahuklam bissowab.Insyallah bersambung siri seterusnya..

Katabahu,
alfaqir IbnuZakuan ibnu Husin
bin Usman bin Muhammad bin Abdul Wahhab,
Tholibul 'ilmi bi Maahad Daril Hadis,Aidid,
Tarim.
Malam 15Ramdhan1443H.