Saturday 3 December 2011

Alhamdulillah..Alhamdulillah.Alhamdulillah ..
Bermula sebuah musafir
Mencari ketinggian dengan berjuang di jalanNya
Merintis jalan ulama turath
Ke Pondok Kasok, Fatoni
Niat, Azam baru
Menggali sedalam-dalmnya ilmu Islam
Melalui sistem bersanad, bertalaqqi
Jalan yang telah dipilih ribuan Ulama Islam sejak berzaman
Akan ku tempuh segala halangan rantangan Mehnah dan tribulasi
Doa ku pohon dan angkat ke hadrat Jalla wa ‘Ala
Agar jadikan diri ini Istiqamah atas Niat yang benar
Berjihad dalam Tolabul Ilmi
Berjihad membuang karat, kotor, dan penyakit
Rohani dan Jasmani
Melalui pentarbiyahan guru mursyid
Melalui amalan yang dipimpin ilmu yang benar.

Amin,Ya Rabb..

Friday 25 November 2011

Bermula satu pencarian....

Pagi ini, aku dan umi telah bertandang ke rumah seorang ‘master’ yang telah berkecimpung dalam PS selama lebih kurang 37 tahun katanya. Alhamdulillah tidak terkata, perkongsian ilmunya dan ceritanya menunjukkan dia seorang yang ada ‘hikmah’ tersendiri. Dia ni menguruskan Kelab Riadah P.S. Kelantan di kawasan Gunong, Bachok iaitu di Bukit Kechik. Ore panggil dia Abe Shaari. Tapi, dia base dio pak cik, memang padan lah dia pun tua dah. Tapi, satu kelebihan dialah Allah bagi kesihatan yang amat hebat. Kalu kita tengok mata saja, zahir dia ni seorang yang masih gagah zahir dan batin. Masyaallah, inilah kelebihan yang ada pada ‘orang kampung’ ini. Itulah kita tidak boleh tengok seseorang hanya berdasarkan zahirnya. Kalu kita jumpa dia tepi jalan, kita ingat serupa pak cik2 bodo jah. Tapi, ingatlah orang-orang tua ni sebenarnya ada benda yang istimewa pada dia. Ambillah buah2 spelek, buah2 kilas ore Kelate kata yang ada pada seseorang tu. Rasanya sejam lebih dia bersyarah tentang asal usul ilmu ni, pengalaman2nya, sejarah hidup dia. Abang Shaari Bukit Kechik ini sebenarnya ayahnya seorang ulama’ tersohor dulu. Dia cerita ayahnya ni sempatlah belajar dengan Tok Bachok dan Tok Kenali. Zaman kegemilangan ayah dia ramai yang datang ke rumah dia untuk mengaji ngan dia. Dia empat beradik, dan dia seorang sahaja lelaki.

Apa yang aku nak kata, inilah satu sesi pembuka semangat daripadanya kepada aku, umi, dan yang ada bersama pagi ini, Ayah Ngah. Suntikan untuk aku menimba ilmu ini ke tahap tertinggi. Mungkin ke tahap 8 dan 9(tahap ladunni??). Aamin, mudah-mudahan. Ilmu ini juga telah banyak dipelajari orang-orang daripada Patani, Kemboja katanya yang belajar daripadanya. Tapi, satu benda yang boleh aku ‘highligt’ juga Abang Shaari ini seorang yang tawadhuk. Dia kata, kalau kita mengaji ngan sorang tok guru ini, tidak semestinya tok guru tak leh belajar daripada kita pula. Dia pun juga praktik benda ni, sape2 ustaz yang belajar di rumahnya dia suruh bersyarah tentang agama pula kepadanya. Tulah dia kata, tempat belajar ini lain dan tak serupa dengan tempat lain.
## Nasihat utama dia, BELAJARLAH ILMU NI..(Ilmu PS)

Ok,insyaallah bersambung lagi cerita. Biiznillah.
10.00AM
25.11.2011

Saturday 7 May 2011

Keburukan Televisyen meLANgKAui Kebaikannya! SEDARLAH...

  Alangkah buruknya media satu ini pada pandanganku..10%  'baik' yang ada pada TV sekarang disisiku.. Itulah 'pemerhatian' aku buat sekian lamanya. Ikutkan hati, aku ingin menguasai seluruh saluran media yang satu ini..Bukan apa, ianya amat besar pengaruhnya terhadap 'pemikiran' & 'akhlak' Ummat Islam yang aku cintai seluruhnya..Ku inginkan mEDIA yang 'BEBAS' daripada anasir-anasir ganas, tidak bermoral, 'jelek', 'merangsang' nafsu syahwat, dan mendorong ke arah berkelakuan tidak baik..Inilah sebenarnya aspek-aspek yang 'mencemarkan' TV itu sendiri..
 
  Semoga kita semua dapat mentarbiah anak-anak/ adik2/ kawan2/keluarga/kerabat kita agar 'pandai' memilih channel yang ingin ditonton. Apa yg PENTING..Janganlah saluran yang 'membangkitkan' nafsu syahwat dan saluran yang penuh dengan 'wanita' yang tiada moral.. Elakkanlah benda2 ini semua daripada menusuk 'minda' anak-anak kita..




  TV itu ibarat 'medium tarbiah' bagi orang-orang yang ingin menjauhkan Ummat Islam daripada akhlak Islam, peribadi soleh, dan jiwa yang Suci..TERKECUALIlah bagi saluran2 yang baik lagi murni kandungan siarannya itu. Aku memuji rancangan seperti Forum Hal Ehwal Islam, Tanyalah Ustaz, Al-Kuliyyah, Turath Islam, Akademi al-Quran, Adik-adikku, Halaqah, Mari Mengaji, dan seumpamanya. ..Inilah 'MEDIUM TARBIAH' yang sebetul2 pada landasannya..Contohilah dan Tontonilah! CONTOHI rancangan2 sebegini bagi penerbit2 siaran..dan TONTONI rancangan2 sebegini kepada semua lapisan masyarakat..Kerana inilah rancangan yang sepatutnya kita 'suap', 'galak', dan 'amal' ke dalam diri semua lapisan masyarakat.


Wallahua'lam.

ke ARAH merevolusikan TV,
Meng'islamisasi'kan TV..100% !
Hasrat Hatiku!

 

Saturday 23 April 2011

MAIP mengekalkan ke'unggul'an!

Alhamdulillah..Syukur setinggi-tingginya kepada Allah.

  Tahun 2011(18/4) mencatatkan Maahad Amir Indra Petra [MAIP] memenangi pertandingan Debat Bahasa Arab Peringkat Akhir MASSAK buat kali yang ketiga berturut-turut. Memang berbaloilah bermusafir jauh ke Maahad ar-Rahmaniah, Kuala Krai. Penyokong dan peserta turun pada awal pagi lagi 'bersemangat' hendak mengekalkan kejuaraan. Tahun ini juga sekali lagi menyaksikan MAIP bertemu Maahad Muhammadi Perempuan [MMP] pada pertandingan bahas Bahasa Arab peringkat akhir.
  Apa yang aku ingin 'highligt'kan disini ialah komen ketua juri bahas tahun ini. Inilah yang paling penting bagi para pembahas agar tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama pada tahun yang akan datang.
  Peringatan UTAMA ketua juri, Us Mohd Mohd Noor ialah setiap peserta sepatutnya 'meminimakan' kesilapan diri sendiri. Inilah poin utama yang perlu diingati. Ini kerana biasanya semua peserta adalah lebih kurang sama dari segi isi, gaya, penyampaian, atau kefasihan. Maka, yang dinilai oeh juri pula ialah sebanyak mana kita melakukan kesilapan ketika mengemukakan hujah. MINIMAKAN kesilapan adalah amat penting.

  Komen2 lain;

1) Radd (bangkangan) secara umum sudah memadai asalkan ada.

2) Adab ketika berbahas 'mesti' dijaga. Janganlah sesekali guna perkataan 'kesat' spt: Laa takuunii minas sufaha'( Janganlah kamu (prmpuan) menjadi daripada orang yang bodoh). Aspek ini juga harus ditekan. Lain lagi jangan menggunakan memek muka seolah-olah mengejek atau menuding jari ke arah lawan. Ini kerana katanya kita tidak 'melawan'/'menidakkan' peribadi lawan tetapi kita hanyalah membangkang isinya sahaja. Maka tidaklah perlu menggunkan 'uslub' bahasa yang kasar atau 'gesture'(gerak badan) yang 'menghina'.

3) Perkataan Arab tidaklah perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu kecuali kata nama khas seperti; KWSP/CUEPACS atau sebagainya yang dimaklumi istilah khasnya.

4) Khulasah (penggulungan) tidak perlu disertai huraian/contoh2 yang meleret dan panjang lebar. Hanya skadar menyebut isi2 penting.

5) Ketika menyebut Assalamu'alaikum tidak perlu gaya yang berlebih-lebih.

6) Gunakan syair2 Arab kerana ia 'menyedapkan' telinga dan 'menggahkan' hujah anda.

Sunday 17 April 2011

'KRISIS' DALAM AMAL

Bismillah..

  Tergerak hati nak menulis sedikit malam ini. Aku terfikir MENGAPA kita begitu menjaga 'ketaqwaan' kita kepada Allah ketika mana kita ada hajat yang besar2 dan amat berharap kepadaNya. Mengapa pada lain masa kita TIDAK BEGITU hiraukan 'ketaqwaan' kita pada Allah?? Satu persoalan bermain dibenakku..
  Mudahlah sebagai contoh seseorang yang nak hadapi SPM(diambang/around of the corner), berdasarkan penelitianku dia akan menjaga amal-amalnya 'sebaik mungkin'...Yelah, mungkin sebagai jalan nak jawab peperiksaan dengan mudah! BERKATlah katakan..Maka, jadilah dia 'alim' sebentar orang kata..
  Akupun begitulah gamaknya, kerana sebagai manusia biasa kita sentiasa ALPA&LAGHA dengan anasir2 buruk yang menarik kita kearahnya..Astaghfirullaah..

p/s; ALIM pada maksud asal: ORANG YANG BERILMU
      bknnya 'berjurus'(bhs Kelate)/wara'/soleh sbgmana ramai orang silap faham.

Apapun, sama-samalah kita bermuhasabah selalu!

Thursday 7 April 2011

Syukur alhamdulillah..

Kelmarin, 7 April 2011 adalah hari pertandingan Bahas Bahasa Arab suku akhir MASSAK. Sekolahku, Maahad Amir (MAIP) boleh katakan sudah bersedia sehingga tahap maksima( biar hakikat dokpun) untuk bersedia melawan sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang. Kami telah bertolak pada 6 hb lg. Semuanya adalah 10 orang termasuk penyokong seramai 6 orang. Guru pengiring yang pergi pula seramai 3 orang. Ustazah Naemah, Us Fauziah, dan Us Munir membawa kami semua bertolak ke Kesedar Inn Gua Musang.
  
  Tapi, kali ini memanglah nak dijadikan cerita pada malam hari pertandingan ( Rabu, 6.4.2011) tengah- tengah dok berlatih dapatlah panggilan masuk ke telefon Usz Naemah. Kata Ustazah, dia ni (penelefon) Ustaz yang mengajar di MGM tulah dan juga anak murid kepada suami beliau. Dia kata, Us Nasir ( julatih debat MGM ) nak tunda debat kepada Ahad depan.. Wahh!! Ni memang satu kejutan. Aku dan 'sain2' aku memang 'terkejut beruk'lah juga. Tuulah, mana boleh kita datang ke Gua Musang jauh-jauh ni, takkan nak balik ke Beris pulak. Ustazah dan kami semua pun memang tak setuju sangat kalau ditangguhkan debat ni. Memang, tak masuk akal nak tangguh lar. Apapun malam tu kami teruskan latihan debat juga. Ustazah kata kita bagi dua pilihan; BERTANDING ataupun Menang Tanpa Bertanding!

  Esoknya, pagi-pagi lagi kami sudah bersiap nak pergi bertanding ni. Memanglah semangat nak menang hari tu. Tapi, lain jadinya pula. Ustazah dua orang kata dia nak pergi berbincanglah dahulu di Maahad Gua Musang tu. Kamipun ( peserta ) terpaksalah tunggu dahulu pada pagi tu. Tunggu punyalah tunggu daripada pagi sampailah kat tengahari. Akupun dah rasa mengantuk. Kawanku seorang tu dah jenera(tidur) dah kat lobi Kesedar Inn nie. Aku kata baiklah kita pergi masuk bilik tidur terus lagi sedap. Kami pun masuk bilik dan tidur. Pasal perbincangan Ustazah dan pihak sekolah MGM tu kami harap dapatlah penyelesaian yang terbaik.
 
  Sedang tidur lena, aku pun terkejut dengan bunyi telefonku pada pukul 12.00 lebh kurang. Ustazah Naemah kata kita menang! Huh, aku pun rasa bersyukur yang teramat sangat lar... Apa tidak, Menang Tanpa Bertanding......haha
 
  Ceritanya, peserta2 MGM sebenarnya baru dapat teks bahas untuk bertanding pada malam pertandingan. Huh, memanglah aku kata dalam hati, mana nak sempat 'prepare'. Us dia kata anak murid dia yang tak bersedia nak bertanding ( mungkin tak tidur mlm) kerana nak bersiap buat latihan. Aku bermonolog lagi, ni memang naiyalah(aniaya) sek2(puak2) dia. Apapun, keputusannya, mereka bagi MENANG tanpa bertanding kepada MAIP, Beris Kubor Besar( sekolahku). Ustazah Naemah yang aku sayangi pun ada hantar SMS malam tu. Dia tulis, 'Ustazah bersyukur usaha kita dihargai Allah'. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Memang ini takdir Allah lar. Datang jauh-jauh bermalam di Kesedar Inn nie memang lah dapat rehat minda 'sengoti'. Ni memang dua dalam satu lah katakan, 'melancong' sambil nak pergi bertanding.....

Wallahua'lam.

Wednesday 9 March 2011

Beriman,Beristiqamah

Bismillahirrahmanirrahim..

Kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada pelbagai ujian dan cabaran yang mendatang. Ia didatangkan Allah dalam pelbagai maacam, rupa bentuk, tahap kesusahan, dan mengikut kepada tahap keimanan seseorang..Sebagai seorang hamba Allah yang dikurniakan segala macam kurniaan dan anugerah, kita hendaklah sedar bahawa diri kita amatlah kerdil dan hina..Berdoalah agar Allah sentiasa menjaga iman di dalam hati kita..Dalam satu hadis Nabi bersabda,

Katakanlah aku beriman dengan Allah kemudian beristiqamah.

Wallahu'alam