Sunday 13 December 2020

Selawat Quraniah



Tuesday 13 October 2020

Nas Amalan Air Sofar

Nas ulamak tentang amalan untuk membuat air sofar. 
hamba selitkan sedikit keratan. 
intaha.Nihayatuz Zein. Syeikh Nawawi aljawi(albantani). 


air safar,, minum dia sbg ikhtiar utk tolak bala(mungkin covid masuk jga salah satu bala hk Tuhan takdir tahun ni. wallahuaklam) mengikut tradisi banyak ulamak sufi. syeikh ahmad alfatoni tuan faridah pun ad sebut dlm kitab dia tentang sepayah2 hari ialah malam terakhir bulan sofar(kitab badaiiz zhuhur) . dan ramai lagi ulamak sufi sebut amalan ni.  Dengan minum air ini, insyaalah sbg wasilah terhindar daripada bala2 yg akan menimpa itu yg disebut berjumlah 124ribu itu,biiznillah..
intaha. ibnuzakuan albasyuqi..huraian tersebut inda rokyi. wallhuaklam.
malam terakhir bulan sofar 1442H.teratakpondokalislahiyyah.

Friday 4 September 2020

Hj Mad Merbau Patah, Hj abdurrahman wakaf bharu

Dua individu ini merupakan insan yang terkenal mengajar kitab hikam pada masanya.

Huraian Tok Guru Hj Abdurrahman Wakaf Bharu memang tiada yang setanding dengannya.Kata Babo Hj Zul Pondok Kuin Pasir, Jelawat. Beliau memang sebagai murid tua yang menelaah kitab tersebut bersama gurunya itu pada umur belasan tahun lagi.

Babo Zul Kuin Pasir sempat juga menelaah kitab tersebut dgn Hj Mad Merbau Patah

Friday 1 May 2020

Tabahhur pada ilmu

Apa itu tabahhur?

Yakni berlautan pada ilmu. Imam Sayuti dikatakan tabahhur pada ilmu. Semua bidang ilmu ada karangannnya. Sifat sebegini juga, sebenarnya ada pada tok guru pondok. Sakin hebatnya ulamak dulu semacama Syeikh ahmad alFatoni dia menguasai 47 bidang ilmu. Syeikh Qodir Mandili dikatakan hafal 70matan(ada dalam majmuk almutun-himpunan segala matan2 ilmu),dan mashyur nengajar pelbagai disiplin ilmu satu jetika dahulu dalam Masjidil Haram. Kemudian sedikit, Tok Guru Haji Soleh Pasir Tumboh ingat berbelas2 matan(bukannya hafal saja). Dan Syeikhuna Tuan Guru Pak Da Eil Kerasak ( daamat barakaatuhu)(kemudia  disebut Babo)daripada tahun 1984 dia buka pondok,sekarang tahun 2020 beliau mengatakan, " aku sudah mengajar habis 21 macam ilmu(funun ilmu).."
Dan alhamdulillah, dapat dilihat setelah 36 tahun Babo buka pondok, anak-anak muridnya yang buka pondok boleh dilihat bertebaran di Fatani, Jala, Narathiwat, dan juga Malaysia. Bahkan Ustaz Azhar Idrus pun pernah mengaji dengan anak murid Babo di Terengganu yang bernama Hakim.

  Cerita Babo,pernah satu kali, ada satu rombongan universiti datang ke pondok kami, Madrasah Mikyaril Ulum ,Kerasak, Thailand. Ada seorang dalam rombongan bertanya, berapa tok guru yang mengajar sini? jawab Babo, seorang. Berapa ilmu yang dia ajar? Jawab Babo, "Semua ilmu". Lalu dia terlopong. Macam mana seorang saja guru yang boleh mengajar akan ilmu tauhid, feqah, ilmu hadis, ilmu mustolah hadis, ilmu usul feqah, ilmu nahu, ilmu sorof, dan bermacam lagi.??ditambah dengan kitab-kitab yang dibaca termasuk jawi dan arab?? Kata orang itu, kalau di universiti pensyarah hanya mengajar satu ilmu, atau dua ilmu sahaja yang mana pengajarannya ialah mencakupi bidang yang dipelajarinya. Tetapi, Tuan Guru@Babo ini begitu hebat, sehinggakan semua ilmu atasnya seorang!

Benarlah, pondok ialah tempat mencetak ulamak. Tradisi ilmu yang diperturunkan mengikut manhaj dan metod tradisional begitu berjaya untuk melahirkan ulamak2 daripada dulu hingga kini. Ada satu kaedah, " الترتيب أهم من المادة" , " Tertib yakni peraturan dan undang-undang lebih penting daripada maddah yakni perkara dan benda isi"
Cumanya terserah kepada kita untuk menilai, apakah budak pondok duduk lama di pondok saja2? Bukan hanya lama, tapi semakin hari semakin berisi. Kabar-kabar sudah 'alim dah.

Intaha. Kalam alf@qir budok pondok..
Tanah subur,Kerasak, Fatoni.
9Ramadhan1441H.

Thursday 27 February 2020

Asas pendidikan kanak2

Pendidikan anak-anak amat mustahak.
Kanak2 ibarat kain putih yang menerima apa saja yang dicorakkan oleh orang tuanya.

Masa kini, dunia mencabar. Tarbiah islam, pemurnian akidah amatlah penting dibajai dari kecil. Anak2 mesti dan wajib diasuh, disemai, dan dididik dengan kebaikan daripada kecil. Dan juga dijauhi daripada sebarang bentuk maksiat.

Ulamak rabbani, Ulamak yang celik mata hati seumpama imam Ghazali telah menyebut hal ini. Bolehlah dirujuk hal ini seumpama kitab jawi pondok Sairus Salikin JILID 3-4(kitab yang mana merupakan inti kepada Ihyak Ulumuddin itu)

Isu utama , bagaimana mahu menjadi ibu bapa yang terbaik, guru yang terbaik, dan penjaga yang terbaik untuk hal ini. Di era smartphone, tv...semua ini adalah cabaran utama..
Saya memetik kata-kata guru mulia Pak Da Eil Kerasak, " Hari ini telefon dan tvlah penyebab utama anak2 rosak dan punah. Kalau dia mengaji Quran pun,ingat kepada telefon..Manakan tidak, emak yang mengasuh dok beri telepon!..Semua dok tiru dalam tu.."

Oleh itu, emaklah(ibubapa) yang paling penting untuk jaga. Sebagai orang yang sentiasa bersama dengan anak-anak..

..wassalam
@fikrahTokPaqir
##AKIDAH ASAS PEMBENTUKAN JIWA
##SUASANA ISLAM TERAS ROHANI
##

Wednesday 26 February 2020

kalam murabbi

kata ayah loh pial menakal daripada tok guru bermin;
Baka 'alim ini ialah berjin bermo,,berjin bermo
NGAJI WI RAJIN DAN WI LAMO..

keno pisoh wi habis lah bako blago ayam,,bako woyang kulit...insyallah dengan 2 ni baka kita sampi anak cucu jdi baka alim ..

Kata Babo Sen Dala;

Kalulah makan ubat ini beri siar susah,,kalu makan ubat xsiar senang..
(INI perkataan guru murshid..yg mana takut kita percaya kpd ubat..yg memberi bekas)