Tuesday 24 December 2013

Sejarah dan Tawarikh Islam

Tajuk dan bahasan penting di dalam

1- Fakta Sejarah Kemasukan Islam Tanah Melayu
2- Pembohongan Sejarah Masjid Kerisik, Fatoni ( Pattani )
3- Sejarah Pondok di Pattani
dan banyak lagi..

JOM MENGENAL SEJARAH!!

Saturday 14 December 2013

Redha dengan qadha untuk Redha dari Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam hidup kita sehari-hari pelbagai cubaan, dugaan, cabaran, dan sebagainya Yang Tuhan takdirkan ke atas diri kita.Oleh itu tanyalah diri, bagaimana aku reflek dan bertindak balas apabila sesuatu itu berlaku??
  Sebenarnya ketahuilah Allah di atas sangkaan hambanya. Dan Dia juga redha ke atas hambanya jika hambanya redha dengan takdirnya.

Tuesday 26 November 2013

Bahana televisyen..

Begitu marah guruku. Sungguh-sungguh tak berkenan ada televisyen dalam rumah.  Aku Boleh dikatakan setiap hari bahkan beberapa hari kali sehari dalam masa mengajarnya dia mengingat tentang 'beratnya' ada Tv di dalam rumah ini. Antara kata2nya,

Syaitan pandai dia tipu, kata untuk tengok berita saja. padahal berita tu berapa jam sahaja sehari.  Padahal dalam tv itu banyak lagi unsur2 yang memunahkan dan merosakkan.  Ini tipudaya syaitan..

Malaikat rahmat tak masuk. Ada gambar hidup. Yakni benda bernyawa.  Ini katanya kena jaga benar. Yang paling takut, dekat dengan nak mati apabila malaikat Rahmat tiada,maka syaitanlah jawabnya hak ada. Ini hak takut. Takut syaitan tipu masa dekat nak mati, memperdaya daripada kita menutur akhir kalam iaitu kalimah Toyyibah La Ilaha Illallah. Lagi pula apabila mati, anak2 terus duduk tengok Tv itu. Jadilah tak putus2 saham dosa masuk kepada orang tua yang membeli Tv itu. Masyaallah..

Buat rumah comel2 dan molek2, buat dan letak maksiat. Lepas itu duduk bayar duit api. Jadi tak berkat duit. Duduk bayar benda macam itu.

Orang yang ada Tv tak boleh bertaubat. Sebabnya lepas tengok,aku dia tengok pula. Dan syarat taubat itu tidak dapat dipenuhi. Kerana apa? Kerana syarat taubat itu ada 3, cabut diri daripada maksiat, menyesal,  aku dan azam tidak mahu kembali. Walhal, syarat pertama itu lagi nampak payah dah. Tidak boleh cabut diri daripada maksiat kerana Tv itu masih ada lagi. 2 syarat lagi itu entahlah dapat dipenuhi atau tidak..

Friday 22 November 2013

Pondok + Tabligh

Roh ilmu ugama ialah fikir ummat.

Belajar ilmu  agama sudah wajib, bagi lepas fardu ain kita. Duduk di pondok, satu wasilah.Satu tingkat lagi ialah usaha untuk ummah.

Bersinergi dengan jemaah Dakwah atau Tabligh.

Khuruj 1 sehari atau 24 jam tiap2 bulan. itu tertib yang orang-orang tua/ulama' kehendak bagi pelajar agama.

Berjalan buat ghaz atau ziarah antara pelajar seminggu sekali.

Baca ta'lim kitab fadhail a'mal tiap2 hari. Di pondok masing-masing dan di balai (musolla)

Bermesyuarat setiap hari. Ada setiap minggu. Dan mesyuarat dua minggu sekali. 3 jenis mesyuarat. Sunnah Nabi, dan otak bagi kerja. Sabda Nabi, tidak menyesal mereka yang bermesyuarat. Itu tertib kami.
Mesyuarat tanda fikir. Sebagai otak kerja. Kerja apa? Dakwah ummat jawabnya.

Wednesday 20 November 2013

Buatlah apa yang patut !!

Banyak kewajipan yang mungkin kita terlepas pandang atau tidak tahu dalam kehidupan beragama ini..

Satunya,

Seseorang yang 'akil baligh wajiblah di atasnya bahawa berazam , "Aku hendak menunaikan segala kewajipan yang Allah Taala suruh dan meninggalkan segala larangannya"

Keduanya,

Wajib atas seseorang azam di dalam hatinya,. Azam apa?  Azam untuk solah di dalam waktu, bilamasa waktu solah sudah masuk, sedangkan masa itu dia ada kerja lain untuk dibuat. Maka, wajiblah diatas dia untuk berazam. Jika tidak berdosalah dia kerana tiada azam tersebut.

Dua perkara diatasi dipanggil azam am dan azam khas. Kedua-duanya wajib belaka. Begitu besar azam ini, jika kita mati katakanlah maka tanggungan syara' di atas kita sudah terlepas. Tiadalah dosa sekiranya kita mati dahulu daripada melaksanakan kewajipan-kewajipan kita.

Oleh itu, berazamlah dari sekarang!!

P/s: Bezakan apa itu azam dan niat. Azam itu putus hati hendak melakukan sesuatu benda,padahal benda itu belum dilakukannya lagi. Adapun niat ialah qasad akan sesuatu padahal menyertai dengan membuat akan sesuatu itu.

Jalanan yang Salah dan Punah.. Beringat!!

  Dunia ini terlalu banyak anasir dan benda yang merosakkan tarbiah dan Irsyad yang dihasilkan oleh guru2 mursyid. Tetapi terkadang dek kerana 'musuh2' yang merosakkan entiti dan inti yang telah tersemat.Sungguh! Bab kata Allahyarham Tok Guru Dala," Benda yang molek (jernih dan suci) mudah benar hilang dan pergi, masuk benda cemar hilanglah jernihnya serupa air hak duduk tepi jalan,jernihnya hilang mudah-mudah apabila mari air cemar bercampur dengannya. "
Sebab itulah guru2 mursyid amat peka dan jaga anak muridnya daripada dicemari anasir2 negatif yang boleh memudarkan dan mengeruhkan kesucian hati, dan keimanan kepada Rabb Jalla wa 'Ala.
Ketahuilah,Tok guru2 dulu yang 'alim lagi warak amat marah akan benda2 seperti berikut;

1) Pantang ada tv di rumah, kerana maksiat besar daripadanya, sehingga radio sekalipun. TV memang dah pemusnah dan racun hak besar. Radio juga tidak kurang, walaupun bahananya tidak sebesar TV sekalipun!.Kata Tok Dala,"Kalau aku dengar tak apa lagi, boleh kepada anak atau bini nanti entah apa yang di dengarnya!".

2) Main bola sepak, sepak takraw, bojeng yakni buat rambut ber'fashion'

3) Hisap rokok.

4) Pukul gambar.

5)Palu gendang atau bermain gendang.

6) Makan dan minum benda mabuk.

7) Membuat hubungan dengan perempuan.

8) Pakai topi atau digelar 'pakai cap '.

P/s: Apabila disebut Tok Guru Dala, atau Tok Dala maka merujuk kepada tuan atau pengasas pondok termasyhur di Fatoni suatu ketika dahulu iaitu Pondok Dala. Beliau terkenal 'alim dalam segala ilmu khususnya Nahu dan Tasawuf.

Wednesday 13 November 2013

Jalanan dakwah tabligh

Syukur lillah..
Satu pembukaan,
Satu futuh,
Satu kenampakan,
Satu Kefahaman,
Membentuk peribadi,
Menambah keyakinan hati,
Menapak demi hari,
Tak usah diperli,
Jangan dicaci,
Jalanan terperi,
Demi Ilahi,
Menggerak pertiwi,
Menyatu hati,
Menurut Nabi,
"Tertib para wali",
Ibarat kata,
Baba dari Fatoni,
Tiada syak tidak diragui,
DAKWAH maksud hidup ini,
Tanamlah di hati,
"Berdakwah sampai mati!!"

Tahriran,
9Muharram1435Hijri

Monday 11 November 2013

Di mana rahsia kitab ??

Rahsia keberkatan kitab itu terletak pada awal,akhir, dan ketidakciciran dalam mengaji. Mula-mula itu yang berkat,begitu juga akhir masa hendak khatam kitab. Kedua-duanya itu terletak berkat dalam mengaji sesuatu kitab. Lebih-lebih lagi jikalau kita tidak putus mengaji kitab itu,itu kesempurnaannya. Orang mengaji dahulu jika dengar Tok Guru hendak mengajar kitab baru,dia akan berusaha biar ada kitab itu semasa guru mula membuka kitab. Dan akan datang ke pondok walaupun dia sudah tidak memondok lagi.

Tahrir,
21:07
Waktu Thailand
Pondok Kerasak

Sunday 10 November 2013

Pondok dan silibus pondok. Apa yang lebih?

  Kita mungkin tertanya-tanya buat apa mengaji pondok? Apa yang lebih dan istimewa? Apa pula beza dengan mengaji sekolah dan universiti? Bukankah universiti itu lebih hebat pensyarah-pensyarahnya?Pelbagai persoalan mungkin timbul di benak fikiran kita. Kitab jawab saru persatu,insyaallah. Ok. Beginilah,mari kita fikir dan renung.

Kelebihan mengaji pondok;

Pertama: Ilmu yang sahih, kerana dipelajari kitab itu daripada kulit ke kulit.
Ini berbeza bukan, dengan mana-mana madrasah dan tempat mengaji lain? Tidak begitu? Ya,pasti dan sebetulnya !! Sememangnya tiada satu pun institusi ilmu yang menitikberatkan penguasaan ilmu sebegitu rupa sebagaimana di institusi yang bernama pondok. Talaqqi kitab atau menadah kitab istilah kampungnya, dipraktikkan sejak zaman berzaman daripada dulu lagi. Kita ambil misal kitab Nahu, Matan Jurumiyyah jika kita pelajarinya maka silsilah dan rantaian ilmu kita itu bersambung-sambung sehingga sampai kepada tuan kitab itu, yakni musonnif atau pengarangnya iaitu Syeikh Sonhaj. Inilah dipanggil satu amanah ilmiah dalam pengambilan sesuatu ilmu itu sendiri.

Bersambung lagi, insyaallah.

Sunat-sunat 10 Muharram

Perkara yang sunat dilakukan pada bulan yang mulia ini bertepatan 10 Muharram iaitu dipanggil Hari Asyura. Antara amalannya;

1)Sembahyang sunat 4rakaat
2)Puasa
3)Sedekah
4)Mandi sunat 10 Muharram
5)Ziarah orang alim
6)Ziarah orang sakit
7)Ziarah anak yatim dah sapu kepala dia
8)Meluaskan isi rumah dan kerabat
9)Kerat kuku
10)Bercelak mata
11)Hubung silaturrahim
12)Baca surah alikhlas 1000x

Kelebihan dan ganjaran:

-Puasa seperti pahala puasa setahun

-Pahala ziarah orang sakit seperti ziarah semua anak cucu tok Adam

-Pahala beri pakai kain kepada orang miskin seperti memakai Umat Muhammad

-Siapa yang datang kepada orang alim pada 10 Muharram supaya belajar suatu barang yang memberi manfaat pada akhirat, maka diberi pahala seumpama Muhajirin dan Ansar

-Fadhilat bercelak 10 Muharram orang itu tidak akan sakit mata selama-lama

-Pahala beri sedekah seperti sedekah setahun,1 dirham Allah ganti 700 dirham

-Diangkat darjat dalam syurga sedarjat bagi seurat bulu kepala anak yatim

Boleh rujuk;
Jam'ul Fawaid Syeikh Daud Fatoni

p/s: Cara sapu kepala ada beza, jika anak yatim disapu kepala daripada belakang ke hadapan adapun orang yang ada baginya bapa disapu daripada depan ke belakang (yakni ambil tangan mula daripada hadapan kepala ke belakang).

Anak yatim: Anak yang kematian ayah tinggal emak tetapi yang belum baligh lagi.

Intaha.alfaqir kerasaki.edited from2013post.

Rujuk juga Ianatut Tolibin Juz 2

Friday 8 November 2013

Rezeki dan Penariknya

Orang tak nampak punca rezeki yang utama. Cara yang diajar agama. Jalan yang mana kita perlu sedar, Allah Taala tidak kurnia bagi orang yang kafir dan tidak beriman. Hanya hambanya yang mukmin sahaja dikurnia cara ini. Jadi, mengapa kita tidak usaha dan tinggal apa yang diajar agama melalui lidah rasulnya dan juga terkandung dalam kitab suci alQuran kita.
Inilah yang dipanggil krisis keyakinan, tandus kepercayaan, gersang keimanan terhadap janjian oleh Allah dan Rasul!
Kita lebih percaya kepada usaha dan asbab zahir kita. Misalnya kuat bekerja, pekerjaan tinggi-tinggi, sijil yang mahal, dan berbagai lagi yang menyirnakan bahkan menutup terus perhatian kita pada usaha yang bangsa agama. Yakni usaha yang diajar oleh Nabi Muhammad saw.

Mudah kata kita perlu yakin dengan istiqamah buat amalan. Janjian Allah dan Rasulnya lebih daripada segala-gala. Yakinlah!!

Banyak platform rezeki Ugama yang ada;

Jaga solat fardhu, Baca 3qul 3X lepas tiap2 fardhu
Solat Dhuha
Solat Tahajud
Surah alWaaqi'ah

Kelebihan mengaji pondok


1)Silibus terbaik bagi melahirkan insan soleh dan muslih.Kitab2 tua atau kitab2 kuning yang terdiri daripada kitab jawi dan arab ditulis 'alim Ulama yang ikhlas.Ikhlas dalam segala sudut.  Dalam areba mengarang dan menulis, ada kisah kitab tidak tenggelam dalam sungai. ini kerana keberkatan kitab itu sendiri. Dan guru menceritakan ulama-ulama dahulu meletak kitab diatas Kaabah dahulu sebelum dicetak, jikalau tidak dipuput angin barulah kitabnya dicetak.Ini bagi mencuci hati mereka dan sejauh mana keikhlasan mereka dalam mengarang dapat dilihat.
2)Pendidikan yang bersepadu. Mencakupi segala ilmu yang diperlukan bagi digelar seorang itu alim iaitu 14ilmu alat untuk menggali alQuran dan Hadis. Orang pondok inilah sebenarnya yang faham quran hadis. Tok Guru Nik Aziz pernah berkata kadang2 kitab kita baca mubtada' dan khabar dua muka baru berjumpa,mujurlah saya ini mengaji pondok juga dahulu katanya.
3) Tenaga pengajar berdedikasi  yang betul-betul ikhlas kerana Allah. Tiada meminta gaji walaupun sesen pun. Hanya berkhidmat mengajar,mentarbiah,dan mendidik kerana Allah Taala semata mata.
4) Lepas kewajipan Fardhu Ain seseorang.Ini antara hasil terbesar pendidikan pondok.Kerana mana-mana pondok pasti akan mengajar kitab2 yang asas bagi seorang mukallaf itu. Iaitu 3 ilmu waJib iaitu Feqah,Tauhid,dan Tasawwuf atau dengan bahasa lainnya ilmu Syariah, Akidah, dan Akhlak. Inilah ramai yang terlepas pandang dalam mendalami ilmu.Membelakangkan ilmu fardhu ain yang tiga dengan berhadap kepada ilmu fardhu kifayah yang bukannya salah dipelajari tetapi bukan disitu keutamaannya.

5)Medan ilmu dan medium tarbiah yang terbaik. Suasana yang terbaik kerana tiada percampuran lelaki dan perempuan di sini. Tiada program-program yang melalaikan dan melaghakan bahkan jadual pengajian umum dan khusus yang memastikan pelajar mendapat ilmu yang mapan dan berkesan dalam menguasai setiap madah(matapelajaraan) yang diajar.

Thursday 17 October 2013

kehidupan tok guru,kehidupan berkah

aku bersyukur dapat berada di bawah tarbiah dan didikan seorang guru mursyid.Guru yang beramal dan menunjuk pula muridnya kepada jalan yang sebenar-benarnya bagi sampai kepada Allah Taala.
fokus aku ialah kehidupan ini ialah kehidupan murni dan barakah yang besar ada padanya. maksud ku ialah kebaikan yang dihasilkan dan peluang yang ada begitu besar pada torikoh dan jalan ini. tidak percaya?? terima sajalah, kerana itulah hakikat yang aku dapat lihat pada pengaruh dan kesan besar yang terbit daripada seorang insan bergelar tok guru,khususnya Tok Guru Pondok..nantikan jawapannya..

Thursday 15 August 2013

Tangga makrifat kepada Allah

Percaya kepada Allah
  Aku bertuhankan zat yang bernama Allah Taala ialah yang menjadikan alam ini dan ialah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan tiada terhingga banyaknya Maha sucilah ia daripada sifat kekurangan tiada terhingga banyaknya Maka wajib di atas kita mengetahui dengan jalan tafsil dan menghuraikan satu persatu dua puluh sifat atau tiga belas sifat iaitu
WUJUD
QIDAM
BAQA'
MUKHOLAFATUHU TAALA LILHAWADIS
KIYAAMUU TAALA BINAFSIHI
WAHDANIYAH
QUDRAT
IRODAT
ILMU
HAYAT
SAMA'
BASOR
KALAM
KAUNUHU KODIRON
KAUNUHU MURIDAN
KAUNUHU 'ALIMAN
KAUNUHU HAYYAN
KAUNUHU SAMI'AN
KAUNUHU BASIRON
KAUNUHU MUTAKALLIMAN

Wujud ertinya ada lawan tiada mustahil tiada hanya wajib ada selama-lamanya
Dalil ada Allah Taala itu sekalian makhluk ini
Qidam ertinya sedia lawan bahru mustahil baharu hanya wajib sedia selama-lamanya
Dalil sedia Allah Taala selkalian makhluk ini
Baqa' ertinya kekal lawan binasa mustahil binasa hanya wajib kekal selama-lamanya
Dalil ada Allah Taala itu sekalian makhluk ini
Mukholafatuhu Taala lilhawadis ertinya bersalahan Allah Taala bagi segala yang baru lawan bersamaan mustahil bersamaan hanya wajib bersalahan selama-lamanya
Dalil ada Allah Taala itu sekalian makhluk ini
Qiyamuhu Taala binafsihi Berdiri Allah Taala dengan sendiri lawan Berdiri dengan Yang lain mustahil berdiri dengan yang lain hanya wajib berdiri dengan sendiri selama-lamanya
Dalil ada Allah Taala itu sekalian makhluk ini

Monday 5 August 2013

Arroja' wat tahadda..

28Ramadhan1434H
Mengkebang,
Al aan
Fit taallum wattalaqqi
Liyatakammala 'sullamul munawrok'
Kod tamam fis sabik
Matnul Al'izzi wa Matnul binaa'
Allah..Allah..
Sabilun azim
Toriqotul muttaqin
Irsyadul ulama' al'amilin
Koolallahu Taala
ittabi'uu man la yas alukum ajron wa hum muhtadun
Kod madha saaltu robb
Wa ana sab'ata 'asyara sanatan
"Hab li mursyidan,,hab li mursyidan"
Summad duaak mustajabatun
Asykuruhu ala hazan nikmah
Saasluku hazat toriiq
Bilaa Roibb walaa syakk
Ana almutayaqqinu bima fa'altu!!

Friday 28 June 2013

Tenang, JATUH, ..BANGUN wahakaza..

Bismillahirahmanirrahim.Alhamdulillah.
Ba'da madho zamanun towil,..lam aktub,

Ramadhan kian menghampir. Ingatkan diri ini masih 'terumbang ambing' di lautan alpa. Menongkah arus, berkayuh, bertahan, di samping taufiqMu ya Allah dalam berdoa. Demi melepasi ujian yang sedikit ini. Ya! Doa itu senjata mukmin. Janganlah lemah!

10 hari bersisa lebih kurang. Moga Allah kurniakan kita hati yang gembira demi menyambut Ramadhan tidak lama lagi. Kerana orang yang bergembira dengan kedatangan bulan ini diharamkan jasadnya daripada neraka. Allah2...

-Albasyuqi.10:08pm.20/8/34.

Sunday 28 April 2013

Khulasoh2

   Keduanya, cara melihat, berfikir, meneropong, bertindak,dan sebagainya seolah2 diatur semula.proses format dan defragmantation berlaku. Beberapa pegangan atau prinsip hidup diatur Tuhan Jalla wa Ala melalui jalanan ini. Tabarakallah. Mudah katanya, paradigma berfikir aku dengan sendirinya terbina mengikut lunas2 ajaran ulama terdahulu. Al ulamak al Amilin. Terlampau besar kurniaan ini bagiku. Manakan tidak, aku sampai ke Fatoni ini pun diibaratkan 'SENGAJA DICAMPAK` Allah Taala bagi memahami cara hidup yang begitu murni sekali. Suci dan tulen daripada lumuran karat dunia yang diungkapkan sebagai Laibun wa Lahwun di dalam AlQuranul Kareem.
   Jalanan ini membetuli juga penghidupan almarhum Tok Bachok yang aku kasihi,biarpun aku jauh daripadanya tapi darah dan pengorbanannya terkadang membakar sebagai 'booster' dalam diri. Demi menempuh ranjau, melangkah duri, mengharung badai, melawan mehnah dan tribulasi yang mendatang.
   Aku tahu, yakin dengan kata guruKu, 'adat orang berjaya dunia dalam air-cond, adat orang berjaya akhirat lebih susah dan lebih mujahadah'. Dalilnya mudah, Nabi itu seafdhal2 Rasul Ulul Azmi. Dalam banyak2 Rasul yang yang menerima cabaran,Muhammad s.a.w lah yang paling tegar dan lasak.Paling ampuh diuji Ilahi. Sebab itulah, dia menjadi seafdhal2 Rasul bahkan seafdhal2 makhluk ciptaan Allah Taala. Perhatilah!!!

Banyak untuk dikisahkan,insyaallah.
Wallahua'lam.

  

Khulasoh 16bulan

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.was solatu wassalamu ala asyrafil anbiyai walmursalin waala alihi wasahbihi ajmain.

Aku bersyukur amat terhadap Tuhan yang Maha Kaya, Maha Pengasih(banyak memberi yakni sangat boros) kerana memilih aku menjadi salah seorang penuntut di bumi bertuah,tanah berkat Fatoni.INGAT,bukan Patani.itu sebutan yang merosakkan makna. Syeikh Daud Fatoni telah menukarnya kerana maknanya fasid.Alhamdulillah,mungkin berkat nama ini sehingga hari ini Fatoni masih memiliki begitu banyak pusat pengajian pondok yang mana tok guru2 nya sangat 'alim di dalam segenap bidang, cabang ilmu Islam.bukan sahaja alim,bahkan beramal dengan ilmunya. Allah2. Aku amat terharu ya Allah. Dapat menghirup khazanah pengetahuan mereka, merasai tarbiyah sebenar, dan berkhidmat kepada mereka, Sungguh tak terkata, mungkin inilah nikmat yang kebanyakan manusia sirna daripadanya, bahkan kelam dan zulmat.

  Adapun apabila ditanya orang, gapo mung buleh mengaji selama 16 bulan?? Oh, aku sungguhnya ingin benar soalan ini ditanya kendati atau berbanding disoal bila nak pergi Mesir?? Nak ngaji kok timur tengah dan sebagainya. Satunya yang besar aku bersyukur juga dikurnai 2ibu bapa yang memahami kehendak hatiku,menurut cara pengajian yang aku pilih ini. Sungguh inilah hidayat Tuhan Robbul Alamin mengatur segala2nya.

  Terbesar sekali untuk diperkatakan, orang yang tidak mengaji di jalan ini(pondok) tidak mengenal iktikad yang sebenar. Bahkan,ada yang tidak mengiyakan kewajipan ini!! Masyaallah, nauzubillah ya Allah. Kami pelajar pondok(tok fakir, santri) bukannya begitu ekstrim untuk mengatakan wajib belajar blaka. Sungguhnya jalan mengenal Ilahi itu luas, tapi ingat inilah jalanan yang telah dipilih ribuan ulama Nusantara dahulu2 sehingga sekarang. Untuk selamat,pilihlah jalan ini sekalian saudaraku.