Thursday 13 June 2019

titihku..ibu

-mok su pakchu padang kala:
adik beradiknya;- mak ngah di bachok, ..dan arwah Datuk Liyas Teratak Pulai(merupakan pengerusi pibg buat berapa lama SMKATB@Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok--buat pengetahuan sekolah ini ditukar namanya daripada SMKAT@Sekolah Menengah Agama Tangok kepada nama moyang ambolah,😃),n bbrp org lagi...mok su punya suami ialah adik beradik mok nek@mok esah..

-Ayah umi, Hj Ghazali ialah anak kpd  Tok Lebai Mat(asal Beris kbor Besar)..mak tiri hj. ghazali(maknanya dia bini dah dulu dan ini setelah bini Tok Lebai mat mati@mati muda) ialah anak kpd Tok  Hj Hamid Teratak Pulai(asal dia xtahu mana-ore sebar agama drpd Turki@Lubnan@Arab??:katanya maksu pakchu@tok sedara umi sabit{balik suami dia ialah adik beradik mok nek@mok esah})

-umi mungkin keturunan keenam atau ketujuh ore keramat di padang salim yakni namanya Tok Man..Tok Man ada anak cucu dia loni..tok imam di masjid pdg salim dkat kubor nama dia pak chu kodir ank dia hafiz jadi imam situ..(katanya Nek Hjh Azizah)

...alhamdulillah,,raya Tahun ini cerah jiloh titih keturunanku balik umi. setelah lama jugak menanya khabar,,ala kullihalnya generasi kita muda ini perlu berbaik dengan lapisan tua untuk mengetahui dan men'cerak'kan tentang susur galur keturunan....

Asbab Fikir

ada seorang 'abid satu ketika dulu beribadat selama ratusan tahun di atas satu bukit. dia beribadat berterusan, siang harinya puasanya malamnya tahajjud. makanannya ialah sebuah delima sehari yang tumbuh yang mana sebelahnya untuk berbuka dan sebelah lagi untuk sahur. air yang dia minum ialah yang keluar daripa celah-celah bukit. sampai satu ketika, seorang malaikat telah datang dan memberitahunya bahawasa namanya tertulis dipintu neraka jahannam. Lalu, dia pun menangis dan menangis. Malaikat bertanya mengapa kamu menangis? kerana takut akan neraka? Jawab 'abid itu aku menangis bukan kerana takut akan neraka. itu ialah ketetapan Allah aku redha walaupun dia memasukkan aku ke dalam neraka tetapi kerana memikirkan aku yang sebegitu lama beribadat di sini akan masuk ke dalam neraka, bagaimana ( کيف ) pula ahli keluarga aku yang tidak beribadat seperti aku begini.. sebab itulah aku menangis.
Tidak lama kemudian, datang seorang malaikat lagi memberitahu bahawasa namanya yang tertulis di pintu neraka telah ditukar kepada pintu syurga.
***moral of the story: asbab kita fikir : macam mana, blahmana, lagu mana..atau کيف. maka Allah dengan rahmatNya akan memberikan syurga kepada kita..

Buat apa saja amalan dakwah niat Alami

NIAT SELURUH ALAM.

INILAH TAGLINE ORANG Dakwah

penjadi besar nilai amalan..

satu kali Maulana Yusuf tanya orang yang azan,  apa niat kamu azan..
dia kata nak panggil orang kampung ini.
Maulana kata, mengapa kamu tak niat seluruh alam? ...

kata syeikhuna Amir Ki, pengasas Pondok Miftahul 'Ulum Jering, Pattani.. Kita buat gash di kampung kuta misalannya, maka kita niat seluruh alam, maknanya fikir alami, Tuhan akan bagi kesan seluruh alam..

wallahuaklam.

khuruj 40 hari 1440H

alhamdulillah. summal hamdulillah.

KARKUZARI 1:KHURUJ 40HARI 1440H

syukur kehadrat Ilahi kerana aku diberi peluang oleh Allah untuk keluar lagi tahun ini untuk kali yang ketiganya( 40hari.)

route kali ini: Kelantan-KL-Johor-Batam-Jakarta-Depok-Hulu Klang

khulasah perjalanan
alhamdulillah 4 markas dapat disinggaj, 1)Markas Sinaran Baru, JB
2) Markas baiturrahman, Batam
3) Markas Kebon Jeruk, Jalan Hayam Wuruk Jakarta
4) Markas Sri Petaling

geografi n rakyat Indonesia;

rakyat ada 220 juta, Islam ada 80% tapi daripadanya hanya 1% yang keluar dakwah@karkun. berbanding Thailand 30%muslim tapi yang usaha dakwah di 3wilayah saja ramai.

2 kesedihan besar Indonesia Tahun ini:
tanggal 17 ramadhan 1440 perginya Us Arifin Ilham pengasuh pesantren adzzikra.. Asal Banjar, jadi hijrah DEPOK tempat aku keluar tahun ini sejak 1999 lagi.
dan hari aku balik bersama jemaah 22 May 2019 tempoh hari berapa orang yang mati insiden pemilihan Indo tahun ini@pilpres..

- dapat mengenali Us Firman Sakti: keturunan Syeikh al-Buni pengarang Syamsul Maarif alKubro.. rumahnya di kawasan sukmajaya Depok tempat kami keluar.

- Us Abdussalam sbg orang lama di Depok, pengasas yayasan ibnu salam(kalau tak salah). sudah keluar setahun.. kami jemaah yang memang tak boleh lupanya qudrat beliau iaitu berpagi hari berjalan kaki daripada rumah beliau ke masjid kami duduk, lalu diajaknya khususi pagi2 selama berjam2 dan berkilo2..Ouuh,,'kayak'nya  kalah kami dengan beliau yang berumur 80an..Allah allaah..kekuatan orang Daie..kami nampak sungguh..

-  Satu lagi, Tok Imam Hj Ibrahim, Taman Melawati..umur 70an. Hari kami buat gash petang di masjid beliau, sepatutnya dia pergi operate 'angin pasang' beliau. Tapi, nampak keyakinan orang dakwah satu ini, tegar beliau hari itu dia kata biarlah tak pergi operate,insyaallah..hari lain ada lagi. tawakkal sungguh dia, tegar kuat dengan berjalan gash. Sungguhnya beliau ialah insan yang awwalun buat usaha di masjid ini. Katanya, yang mula-mula buat masuk usaha disini ialah allahyarham Mat Zin Korea..uuh,baru aku tahu..

insyaallah,,bersambung karkuzari..

bekas tembaga

satu sunnah Nabi yg ditinggalkan

air yg disimpan dalam bekas tembaga selama 8jam akan berubah menjadi alkali dengan di goncangkan 3 kali sekurang-kurangnya dalam tempoh tersebut.

Inilah disebut sebagai lifetime filter@ filter abadi yg tak perlu ditukar.

Cumanya bila naik karat2 hitam(akibat drpd detoxification proses) nampak berbekas dalam bekas tembaga, kita hanya perlu ambil air perahan asam jawa yang dicampur dengan garam kasar, masukkan dalam bekas dan goncangkan, maka hitam-hitam tadi akan hilang kesemuanya.

Sekian..