Thursday 13 June 2019

khuruj 40 hari 1440H

alhamdulillah. summal hamdulillah.

KARKUZARI 1:KHURUJ 40HARI 1440H

syukur kehadrat Ilahi kerana aku diberi peluang oleh Allah untuk keluar lagi tahun ini untuk kali yang ketiganya( 40hari.)

route kali ini: Kelantan-KL-Johor-Batam-Jakarta-Depok-Hulu Klang

khulasah perjalanan
alhamdulillah 4 markas dapat disinggaj, 1)Markas Sinaran Baru, JB
2) Markas baiturrahman, Batam
3) Markas Kebon Jeruk, Jalan Hayam Wuruk Jakarta
4) Markas Sri Petaling

geografi n rakyat Indonesia;

rakyat ada 220 juta, Islam ada 80% tapi daripadanya hanya 1% yang keluar dakwah@karkun. berbanding Thailand 30%muslim tapi yang usaha dakwah di 3wilayah saja ramai.

2 kesedihan besar Indonesia Tahun ini:
tanggal 17 ramadhan 1440 perginya Us Arifin Ilham pengasuh pesantren adzzikra.. Asal Banjar, jadi hijrah DEPOK tempat aku keluar tahun ini sejak 1999 lagi.
dan hari aku balik bersama jemaah 22 May 2019 tempoh hari berapa orang yang mati insiden pemilihan Indo tahun ini@pilpres..

- dapat mengenali Us Firman Sakti: keturunan Syeikh al-Buni pengarang Syamsul Maarif alKubro.. rumahnya di kawasan sukmajaya Depok tempat kami keluar.

- Us Abdussalam sbg orang lama di Depok, pengasas yayasan ibnu salam(kalau tak salah). sudah keluar setahun.. kami jemaah yang memang tak boleh lupanya qudrat beliau iaitu berpagi hari berjalan kaki daripada rumah beliau ke masjid kami duduk, lalu diajaknya khususi pagi2 selama berjam2 dan berkilo2..Ouuh,,'kayak'nya  kalah kami dengan beliau yang berumur 80an..Allah allaah..kekuatan orang Daie..kami nampak sungguh..

-  Satu lagi, Tok Imam Hj Ibrahim, Taman Melawati..umur 70an. Hari kami buat gash petang di masjid beliau, sepatutnya dia pergi operate 'angin pasang' beliau. Tapi, nampak keyakinan orang dakwah satu ini, tegar beliau hari itu dia kata biarlah tak pergi operate,insyaallah..hari lain ada lagi. tawakkal sungguh dia, tegar kuat dengan berjalan gash. Sungguhnya beliau ialah insan yang awwalun buat usaha di masjid ini. Katanya, yang mula-mula buat masuk usaha disini ialah allahyarham Mat Zin Korea..uuh,baru aku tahu..

insyaallah,,bersambung karkuzari..

No comments:

Post a Comment