Thursday 13 June 2019

Asbab Fikir

ada seorang 'abid satu ketika dulu beribadat selama ratusan tahun di atas satu bukit. dia beribadat berterusan, siang harinya puasanya malamnya tahajjud. makanannya ialah sebuah delima sehari yang tumbuh yang mana sebelahnya untuk berbuka dan sebelah lagi untuk sahur. air yang dia minum ialah yang keluar daripa celah-celah bukit. sampai satu ketika, seorang malaikat telah datang dan memberitahunya bahawasa namanya tertulis dipintu neraka jahannam. Lalu, dia pun menangis dan menangis. Malaikat bertanya mengapa kamu menangis? kerana takut akan neraka? Jawab 'abid itu aku menangis bukan kerana takut akan neraka. itu ialah ketetapan Allah aku redha walaupun dia memasukkan aku ke dalam neraka tetapi kerana memikirkan aku yang sebegitu lama beribadat di sini akan masuk ke dalam neraka, bagaimana ( کيف ) pula ahli keluarga aku yang tidak beribadat seperti aku begini.. sebab itulah aku menangis.
Tidak lama kemudian, datang seorang malaikat lagi memberitahu bahawasa namanya yang tertulis di pintu neraka telah ditukar kepada pintu syurga.
***moral of the story: asbab kita fikir : macam mana, blahmana, lagu mana..atau کيف. maka Allah dengan rahmatNya akan memberikan syurga kepada kita..

No comments:

Post a Comment