Saturday 24 August 2019

Hilangnya jiwa ummah

Ini peri penting berjiwa ummah

Kita semua satu ummah
Berbilang kaum, bangsa,
Negeri,wilayah,
Bahasa,dialek

Tetapi,
Semuanya perlu merasakan kita ini,
Satu ummah,

Bukannnya satu ummah itu,
Hanya tertumpu bagi kaum2 tertentu,

Tetapi,
Seluruh kaum,
Seluruh bangsa,
Seluruh etnik,
Bersatu padu dalam menegakkan Islam

Satu ummah,
Takkan mampu digugat,
Walaupun bom atom, bedil peluru,
Yang Mahu menghancurkan,
Hatta seluruh ketumbukan,
Kekuatan dunia,persenjataan moden,
Tidak mampu menggugat,
Jika ummah sudah bersatu,
Seluruhnya punya jiwa ummah,,

##gubahan semula,,seruan hadratji Maulana Yusuf...

Durian mon thong


22ogos2019
Alhamdulillah berpeluang ke Bendang star,...Durian yang mashur di sini sekali dipanggil monthong@bantal emas..

Dalam perjalanan musafir membawa dhif yaitu Pak Rayyan daripada Depok, perjalanan yang bermula daripada KL- Kelantan-Tak Bai- Jala - Bentong

Dikatakan yang ubatnya ialah yang mekar@separuh masak..

Duriannya kata orang disini jangan dikerat putik,,tidak lama punoh jadi pohon

Durian ini kalau dibela elok 5tahun dapat hasil. Biasanya 7tahun...kalau dibiar mungkin 10tahun baru dapat hasil. Dan yang terbarunya teknologi dibina dengan tempoh 3tahun setengah durian berbuah..

Alhamdulillah,berkat bawa tetamu durian disini yang berharga 60kob@baht sekilo dimakan sampai puas. Daripada durian mon thong, Ceni, durian butir@kampung, durian tangkai panjang,..semuanya lazat enak bervariasi...rezeki orang jaga agama Allah..

Seorang disini dia punya 100 pohon durian. Hari ni, dimusim durian katanya sepohon dapat mengeluarkan kira-kira 3tan durian. Darablah dengan sekilo kemudian dengan 100pohon. Kira2 sejuta lapan ratus ribu baht dapatnya..WoW..dapat yampung setahun hidup tuu...

Tapi, itulah rezekinya. Jangan pula sampai membazir

اركض برجلك

Suatu perubatan berasalkan quran. Perubatn nabi ayub.
Semacam org dulu dia ada permainan dipanggil 'dekcok'..

Tujuannya bagi membetul tulang belakang. Bila tulang belakang seorang betul, dia sihat..