Saturday 24 August 2019

Hilangnya jiwa ummah

Ini peri penting berjiwa ummah

Kita semua satu ummah
Berbilang kaum, bangsa,
Negeri,wilayah,
Bahasa,dialek

Tetapi,
Semuanya perlu merasakan kita ini,
Satu ummah,

Bukannnya satu ummah itu,
Hanya tertumpu bagi kaum2 tertentu,

Tetapi,
Seluruh kaum,
Seluruh bangsa,
Seluruh etnik,
Bersatu padu dalam menegakkan Islam

Satu ummah,
Takkan mampu digugat,
Walaupun bom atom, bedil peluru,
Yang Mahu menghancurkan,
Hatta seluruh ketumbukan,
Kekuatan dunia,persenjataan moden,
Tidak mampu menggugat,
Jika ummah sudah bersatu,
Seluruhnya punya jiwa ummah,,

##gubahan semula,,seruan hadratji Maulana Yusuf...

No comments:

Post a Comment