Thursday 31 July 2014

Ke'tidak kena'an dalam keluarga

1,Bab aurat
Aurat sesama ahli kelurga adalah di antara pusat dan lutut. Bukannya seperti yang mana kebanyakan orang memahami bahawa aurat apabila bersama ahli keluarga jadi bebas. TIDAK! Ayah, misalnya tidak boleh pakai seluar spendo@ underwear saja2 di depan anak2 yang sudah besar. Kerana ia mendedahkan pusat dan lututnya ataupun lututnya itu. Begitu juga sesama adik beradik tidak boleh sama2 anak lelaki memakai seluar pendek dan ditengok oleh yang lain. Begitulah halnya juga dengan adik beradik perempuan sama laki2.
Usahlah menanya antara emak dan ayahnya,setara mana aurat? Itu almaklum dah.

2,Bab Maksiat
Ini banyak yang tidak terjaga sebenarnya dalam institusi keluarga hari ini. Kita ambil yang paling sinonim dengan masyarakat hari ini iaitulah tv. TV memang suatu yang 'wajib' hari ini. Keluarga yang tak ada tv macamana? Kolot kot, ataupun 'pelik' dan aneh bin ajaib. Begitulah agaknya! Sejauh mana tarbiah masyarakat hari ini tengoklah amalan dan kerja buat mereka seharian. Bagi saya, keluarga yang tidak punyai tv pada hari ini adalah keluarga yabg amat hebat tarbiahnya. Keluarga yang taat! Kerana dia telah menidakkan dan meniadakan 'ibu segala kejahatan' itu. Ummul khabaith itulah gelarannya yang diberi ulama'. Tapi ingat!! Bukan kerana miskin,tidak berduit tak boleh beli TV atau Astro tapi kerana semata-mata mahu tinggal maksiat yang sebesar-sebesar ini. Maksiat daripada TV!
Ditambah pula smartphone hari ini, fikir-fikirkanlah!

3, Bab basuh baju
Basuh baju perlulah dibilas pada akhirnya satu-satu helai dengan mengalir air. Biar air jadi mengalir. Mengalir supaya hilang najis yang mungkin ada. Sebab apa buat begini? Ini kerana jikalau sehebat manapun mesin basuh sekarang ditambah sabun terhebat sekalipun ia tidak mensucikan kain pada sisi syara' jikalau kain itu ada najis. Najis itu jadi tidak mengalir keluar.Tidak suci itu kerana begini. Kita tengok apabila masuk pada mode rinse air akan bergenang, dan akhirnya dibuang dan kalau ada sekali lagi pun air akan bergenang begitu juga,semuanya bercampur gaul. Maknanya jikalau satu kain ada najis, air yang ada itu menjadi mutanajjis(bernajis) dan menajiskan habis kain2 yang lain yang terendam di dalam air itu(pada ketika mode rinse). Akhir sekali air dituang begitu sahaja untuk ke mode spin pula. Tinggallah kain dengan 'cemar' begitu. Jadi apa guna rinse? Bilas itu mencucikan?? Lainlah jikalau kain itu tiada najis maka tak mengapalah.
Jadi solusinya begini.
Caranya kita ambillah kain bilas satu2. Dan barulah dimasukkan untuk kali terakhir untuk di spin atau dikering. Jikalau kain banyak kita masukkan dalam satu bakul berlubang kita cucur air di atasnya dan balik-balikkan kain agar meratai pengaliran air itu. Mudah-mudahan cucilah kain kita. Supaya apa? Untuk sah ibadah kita lah..

4, Bab Sembahyang
Ini sebenarnya tidak perlu disentuh. Tapi biarlah kerana ini umbi agama. Sepatutnya inilah yang 'amat sangat dan terpaling utama' perlu ditekan dalam keluarga. Lebih daripada segala-gala. Dan ibu bapa perlulah marah kepada anak-anak dalam hal ini melebihi hal jikalau anak tidak bekerja dan sebagainya. Tiada sembahyang runtuh agama! Ingat..Apa guna jadi orang Islam jikalau kita hidup tiada nilai sebagai orang Islam? Samalah dengan kafir itu, samalah dengan tok sami dan buddha Nasara. Ingat satu,hidup kita berjaya dengan kita jaga sembahyang. Itu yang paling besar! Itu kuncinya.

Ada lagi bab2 yang besar seperti akidah dll perlu disentuh..
Insyaallah,
Bersambung..

Sunday 20 July 2014

PERJUANGAN HAKIKI

BERILMU
BERAMAL
BERDAKWAH
~moto pondokku

DAKWAH
TAZKIYAH
ILMIYAH
TARBIYAH
~ misi pondok

semuanya terletak di sebuah madrasah yang cukup hebat.
Disiplin yang kuat daripada dulu hingga sekarang, disulami tarbiyah harian daripada tuan guru, dikuatkan dengan medium dakwah sebagai penggerak diri.

itulah Madrasah Mi'yaril Ulum,
Kerasak Pattani (baca: Fatoni) Thailand
'penjana' generasi ulung
penerus ilmu turath
sistem talaqqi pondok
Menatijahkan insan terbaik
Insan yang
'alim lagi pula da'ie
di akhir zaman ini.

Sebuah pondok yang boleh dikatakan perfect
dalam agenda
ILMU, TAZKIYAH, TARBIAH, dan DAKWAH.

...Kurniakan kethabatan bagiku di 'jalan ini' sehingga akhir hayat Ya Rabbi.
sebagaimana kata Amir Ki salah seorang Murabbi di sini,
'' Doakanku supaya boleh belajar, mengajar dan dakwah hingga ke akhir hayat''
menunjukkan ketiga-tiga aspek ini amat penting.
Belajar Ilmu warisan pondok (ilmu berkat lagi asli dan authentic tinggalan ulama' silam yang betul dengan Ahlus Sunnah waljamaah sebenar), meneruskannya dengan mengajar, dan disertai dakwah (cara tabligh Nizamuddin ) di sepanjangnya itu.
Inilah hakikat jalan kejayaan di dunia ini yang patut diyakini dan ditempuhi oleh semua insan.
Jalan keselamatan yang terbaik!

Benarlah firman Allah:
-Kul haazihi sabiili ad'uu ilallah 'ala basiratin ana waman ittaba'ani
Katakanlah Wahai Muhammad Inilah Jalanku Aku menyeru di atas basirah, aku dan orang yang mengikut akan daku.
dan ayat,
Lakod mannallaahu 'alal mukminiina
Iz ba'atha fiihim rasuulan minhum yatluu 'alaihim aayaatihi wayuzakkiihim wayu'allimuhumul kitaaba wal hikmah.

Intaha.
K.K.,mlm 23Rmdn1435H.
Almuznib al Jaani,
Ibnu Zakuan bin Hussin bin Uthman.

Thursday 10 July 2014

Sedari pemusnah tarbiah anak!

Assalamualaikum.
Semoga pembaca2 dirahmati oleh Allah.

Ketahuilah,
Pemusnah tarbiah sekarang begitu banyak sekali.

Kita sedap dan berpuas hati di kala menghantar anak ke pusat2 dan madrasah pengajian yang hebat2..Tapi memadakah?
Adakah anak2 sudah terjamin dengan 'didikan ilmiah' semata2?
Bagaimana dengan 'biah yang solehah' atau persekitaran Islamik di rumah kita adakah wujud?
Masing2 jawab~

   Tapi,jikalau hebat sekalipun didikan dan tarbiah yang diberi, ingat..Iman manusia naik dan turun. Turut berisiko ditembusi jika tidak dijaga sebaiknya.
Banyak yang telah merasuk dan mencemari di kala tarbiah sudah masuk di dada.
Sekarang zaman teknologi pesat, teknologi komunikasi dan perkomputeran yang telah semakin canggih sehingga boleh diisi di dalam satu poket baju sahaja. Mudah katanya teknologi yang begitu hebat itu telah diambil alih oleh satu alat yang dipanggil smartphone sekarang. Allah2.Poinnya, telefon atau smartphone. BAHAYAnya.
Dulu kalanya,ketika mula2 dibangunkan komputer, ianya sebesar satu bilik. Sekarang tahulah saja alat sebesar tapak tangan itu 'memiliki' segala2 yang diperlukan sebesar bilik waktu dahulu. Bahananya begitu besar, sehinggakan Maulana Saad (Amir Dakwah Dunia) sekarang meletakkan 'telefon' sekarang ditangga teratas perosak ummat ini. Fikir-fikirkan.

Inilah yang amat perlu dibimbangi masa sekarang.

Satu lagi kemajuan Tv. Tv merupakan pemusnah yang telah menceburi 'bidang pemusnah@perosak' ini terlebih dahulu. yakni pemusnah 'iman manusia'. Hebatnya dia.. Daripada era hitam putih sehinggalah kepada TV berwarna dan sehinggalah kepada hari ini ada sebesar2 TV yang jikalau dimainkan kepala orang di dalamnya lebih besar daripada yang asal!! Oooo..inilah satu kebejatan dan kebobrokan sebenarnya. Kedahsyatan alat yang 'difikir' dan direka oleh Yahudi dan Nasrani untuk melawam Islam.Apa saja yang ditayangkan itulah yang menghitami dan  meracuni habis pemikiran anak2 yang ibarat sehelai kain putih.Suci lagi bersih.

Maka ibu bapalah pencoraknya hari ini, sama ada menukarnya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi. Sebagaimana yang di sabda Nabi dalam satu hadis.

Begitulah Ku ingin mengingatkan diri ini dan semua yang 'berakal' supaya beringatlah sebelum terlambat..

Oleh itu, perhati dan bertindaklah!

MuDah2an kita semua dapat lepas daripada 'sial majal' @ malang daripada 2 alat yang diungkap itu. TV dan smartphones.Kalaupun kita memilikinya dan terpaksa digunakan juga biarlah bertukar kepada 'penggunaan keakhiratan'. Tapi itulah yang payah, amat payah, dan paling payah. Yang memerlukan pengorbanan dan usaha kita semua dalam mengatasi segala keburukan pada kedua-duanya, MUNGKIN??
jika tidak lemparlah jauh2..

Mudah2an kita dirahmati Allah dan mendapat redhanya di dunia seterusnya dapqt syurga yang kekal abadi kelak..

13Ramadhan1435
Mengkebang,K.K.

#syukurdapatberadadijalanmujahadah#