Thursday 10 July 2014

Sedari pemusnah tarbiah anak!

Assalamualaikum.
Semoga pembaca2 dirahmati oleh Allah.

Ketahuilah,
Pemusnah tarbiah sekarang begitu banyak sekali.

Kita sedap dan berpuas hati di kala menghantar anak ke pusat2 dan madrasah pengajian yang hebat2..Tapi memadakah?
Adakah anak2 sudah terjamin dengan 'didikan ilmiah' semata2?
Bagaimana dengan 'biah yang solehah' atau persekitaran Islamik di rumah kita adakah wujud?
Masing2 jawab~

   Tapi,jikalau hebat sekalipun didikan dan tarbiah yang diberi, ingat..Iman manusia naik dan turun. Turut berisiko ditembusi jika tidak dijaga sebaiknya.
Banyak yang telah merasuk dan mencemari di kala tarbiah sudah masuk di dada.
Sekarang zaman teknologi pesat, teknologi komunikasi dan perkomputeran yang telah semakin canggih sehingga boleh diisi di dalam satu poket baju sahaja. Mudah katanya teknologi yang begitu hebat itu telah diambil alih oleh satu alat yang dipanggil smartphone sekarang. Allah2.Poinnya, telefon atau smartphone. BAHAYAnya.
Dulu kalanya,ketika mula2 dibangunkan komputer, ianya sebesar satu bilik. Sekarang tahulah saja alat sebesar tapak tangan itu 'memiliki' segala2 yang diperlukan sebesar bilik waktu dahulu. Bahananya begitu besar, sehinggakan Maulana Saad (Amir Dakwah Dunia) sekarang meletakkan 'telefon' sekarang ditangga teratas perosak ummat ini. Fikir-fikirkan.

Inilah yang amat perlu dibimbangi masa sekarang.

Satu lagi kemajuan Tv. Tv merupakan pemusnah yang telah menceburi 'bidang pemusnah@perosak' ini terlebih dahulu. yakni pemusnah 'iman manusia'. Hebatnya dia.. Daripada era hitam putih sehinggalah kepada TV berwarna dan sehinggalah kepada hari ini ada sebesar2 TV yang jikalau dimainkan kepala orang di dalamnya lebih besar daripada yang asal!! Oooo..inilah satu kebejatan dan kebobrokan sebenarnya. Kedahsyatan alat yang 'difikir' dan direka oleh Yahudi dan Nasrani untuk melawam Islam.Apa saja yang ditayangkan itulah yang menghitami dan  meracuni habis pemikiran anak2 yang ibarat sehelai kain putih.Suci lagi bersih.

Maka ibu bapalah pencoraknya hari ini, sama ada menukarnya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi. Sebagaimana yang di sabda Nabi dalam satu hadis.

Begitulah Ku ingin mengingatkan diri ini dan semua yang 'berakal' supaya beringatlah sebelum terlambat..

Oleh itu, perhati dan bertindaklah!

MuDah2an kita semua dapat lepas daripada 'sial majal' @ malang daripada 2 alat yang diungkap itu. TV dan smartphones.Kalaupun kita memilikinya dan terpaksa digunakan juga biarlah bertukar kepada 'penggunaan keakhiratan'. Tapi itulah yang payah, amat payah, dan paling payah. Yang memerlukan pengorbanan dan usaha kita semua dalam mengatasi segala keburukan pada kedua-duanya, MUNGKIN??
jika tidak lemparlah jauh2..

Mudah2an kita dirahmati Allah dan mendapat redhanya di dunia seterusnya dapqt syurga yang kekal abadi kelak..

13Ramadhan1435
Mengkebang,K.K.

#syukurdapatberadadijalanmujahadah#

No comments:

Post a Comment