Monday 23 June 2014

BAYAN KHURUJ AFKAR2 (poin2) PENTING

  Bisllahirrahmanirrahim.
Tanggal 15Syaaban 1435H.
Pagi yang bertuah. Syukur kepada ilahi kerana pagi ini aku dapat mendengar bayan hidayat iaitu satu syarat untuk keluar di jalan Allah.

Haji Man Patlung,insan yang berhalus. Bayannya slow2 dan beranjur2.Tetapi hasilnya didapati poin2 yang cukup berharga dan mahal.Memang tidak mengantuk dengar bayannya,yang mana seolah2 satu 'fikrah',persediaan,senjata yang diperlukan di medan khuruj nanti. Amat bertenaga dan semangat dengan taujihat dan nasihat2nya.

Sudah bayan hari inilah baru ku tahu rupa2nya dia ini bayan.nama sudah lama didengari, perkataan-perkataannya.Hari ini baru kenal empunya badan.

Benarlah kita perlu dengar bayan hidayat ini daripada awal hingga akhir. Untuk sempurna khuruj kita fi sabilillah. Poin2 dalam bayan hidayah ini amat penting untuk diingati seterusnya diamal. Bahkan nasihat dan tip2 yang mahal2 saja didapati di dalamnya jikalau daripada karkun dan orang lama@orang tua dalam kerja ini.

Masyaallah,
7 hari untuk kali kedua.
insyaallah istiqamah di jalan ini.
Bak kata Maulana Yusuf, ' dakwah fid darajatil Ula ,dakwah di tangga yang pertama'. Benda yang paling utama melebihi yang lain.
Kata Maulana Saaid Ahmad Khan,''Siapa yang tukar benda ini,hak Allah letak dalam Quran seperti begitu dia kena taubat!'';seperti kata sesetengah orang~dakwah2 pun kena mengaji....

Aku orang mengaji. Orang pondok. Berbangga dengan jalanan ini. Yakin dengan manhaj guru tua. Tidak menafikan mengaji ini. Mengaji tetap mengaji, tetapi dakwah ini kena bergerak seiring dengan mengaji. Bandingnya seperti burung yang mempunyai dua sayap,takkan boleh terbang tanpa keduanya.

14/6/14

No comments:

Post a Comment