Thursday 14 December 2017

Kerja nubuwwah

الحمدلله ايسي بيان مرکز مالم اين برتمڤت ددوسون راج کلنتان،

-ummat akhir zaman ada turbo hybrid hanya kerja 10%, shbt kena kerja 100%(3hari tiap2 bulan)
-kembali kpd shbt,bkannya ibn sina alfarabi,, sahabat ada ke  yang buat pythagoras ,theorem archimedes principal?? sahabat ad buat jam dunia?Sahabat mereka menghubungkan manusia kpd Allah,,Tuhan yang Maha agung.

Jangan kata Tokong(batu cave katalah) itu Tuhan.. orang tanya kita jawab Lord Muthu..pah anak kita tgok gereja,,kita kata itu hok Tuhan kristian,,Lalu kok kuil kata itu hak Hindu misalan jadi anak fikir ooo banyak Tuhan.. memanglah orang kata gitu x qosad hok dia tunjuk Tuhan tapi bagi orang lemah iman bahaya..
-Mn.Saad kata orang cayo saintis orang plg  bodo
-Org dakwah kecek kebesaran Allah saja,bakpo x kecek lain??  Ado satu jemaah karkuzari ki Afrika ..sampai twmpat xtahu nak buat apa,orang tmpatan kata kena jumpa orang gedeber sinu dulu..tapi bahaya dia ada bedil gapo,xkena caro mati.jemaah kata xapa nak jumpa.akhirnya jumpa orang geeeber tu dio kejut ghani mung buleh masuk jupo aku..Lalu orang dakeah kecek kebesaran Allah,mengalir air mata dia. dio kat aku sebenarnya hafiz dylu,mengapal quran.tapi kerana jerjebak dengan maksiat aku jadi gini..

-ummat sekarang bukan setakat xcayo sunnah,tapi x cayo Tuhan. blahmano hukum mensyirikkan kehidupan Nabi??mensyirikkan Allah mungkin tapi ore loni dimasuki plurarisme,, kita keno menghormati agama lain..ini ajaran sekolah. lalu itulah ado satu tempat saya gi dio meraikan krismas buat pokok krismas letak lailahaillah muhammadur rasulullah kata..dio kata islam ada tuhan kristian ada tuhan jadi kita samo ada tuhan. jadi tak apolah kita pakat mari rai. Ini sebenarnya bala yang paling besar dunia hari ini(plurarisme)

Orang dakwah baca fadhilat amal sokmo,x ikhlas..jawabnya: Baca fadhilat amal inilah nak beri tambah keimanan tentang janjian Allah dan Rasul.. Ini cayo hok falsafah..saintis lebih sekarang! tengok ada dah sekrang orang kata, yo ko lepas tujuh langkah tinggal kubur ada soal munkar nakir tak bunyi pun?? ini rosak iman jadi..kata blahni(tak percaya alam barAkh)...tengok universiti Malaya buat kajian srmbahyang jemaah dio tepek wayar kata ada synergy..!blawok.. ni nok ghoyat gapo(???) keno twngok janjian Allah dan Rasul dalam semhyamg  jemaah,, lagi pulak ada kajian ada oksigen 3pagi sembahyanh tahajjud!jolo ko??tahun depan buleh jadi racun.. Pah ado duk jilat jari kato hoo ini enzim buleh cerna makanan..cayo saintis!!! padahal hok sunnah Nabi tu.. kalu gitu Laila haillah saintis rasulullah

ada kisoh masa nabi nok buat hji widak, belah orang Islam sayyidna Abbas tukang pengntip adpun orang kafir abu sufyan,,tengah2 dok intip 2 orang ini bertemu..Lalu Abu sufian kata ,oo hebat anak saudara mung Muhammad ada kerajaan@empayar besar dihh(kagum abu sufian dengan bilangan orangg islam masa itu). Lalu Abbas kata ,,bukan empayar Ini Nubuwwah. kenabian.. kata org bayan, inilah kerja yg kita nk ambil sekarang,, nak bina kebolehan buat kerja Nabi. kblhan ada bnyak mekanik, doktor, petroleum engineer tapi kita nak kbolehan ni. Buat usaha Nabi.

kerja dakwah kerja pilihan bukan kelyakan

kalu rasa kita boleh jawab dgn Allah bakpo mung xbuat kerja ini. xapa.

kita jangAn kata fardhu kifayah,ini kerja fardhu ain. kerja tabligh ialah fardhu ain kerana nak baiki iman.baiki iman fardhu atas tiap tiap kita.

kita xdakwah takut nak masuk syurga orang tarik kita bakpo mung xajak aku??aku ajak dah..bakpo mung tak tarik aku???..

dakwah ialah ummul ilm(ibu ilmu) .dakwah dulu sebelum lain.

banyak ayat tentang buat usaha ini,jadi terbaik.lebih drpd kaum dulu misalnya kaum nabi musa walaupun smbahbyg hgga lekuk batu tapi ini ummat lebih lagi. kuntum khoiro ummatin ukhrijat linnas kul hazihi sabilii ad uu ilalloooh,,dan ayat intansurullooha yansurkum

25rabiul aw wal1439

Thursday 6 July 2017

6 sifat sahabat

Alhamdulillah. Hari ni,nak muzakarah sedikit tentang enam sifat atau enam prinsip atau six points yang dipanggil chey bat(urdu).

Sahabat2 ialah golongan manusia yang telah mendapat redha daripada Allah.Mereka ialah golongan terbaik sebagaimana disabdakan Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم,"Khoirul kuruun korni summal laziina yaluunahum summal laziina yaluunahum",sebaik baik kurun ialah kurun aku dan yang mengiringi mereka(tabiin) kemudian yang mrngiringi mereka(tabi' tabiin).Sahabat-sahabat telah berjaya kerana dalam diri mereka ada sifat-sifat yang unggul. 6sifat yang mana semua sahabat(124 000 orang) ada sifat ini. Sifat inilah yang mana digeruni oleh orang Yahudi dan Nasoro kata tokguru.
Untuk mudah mengamalkan agama,kita kena ada sifat2 ini.

1)Yakin melalui kalimah toyyibah لا إله إلا الله محمد رسول الله
2) Sembahyang khusyu' dan tawadhu'
3) Ilmu dan zikir
4) Ikrom muslimin
5) Ikhlas Niat
6) Mujahadah keluar di jalan Allah

Wednesday 5 July 2017

Barzanji Jawi

Layan ckit berzanji,,ingat Rasulullah,
"selawat Rasulullah banyok2 malam Isnin dan Khomis,kata seorang arab bayan di Pondok Kasok (mayo,pattani)dulu.."

Junjunglah tuan, penghulunya kito
Sekalian ikhwan hambur yang rata
Di atas dunia sangatnyo nyata,
Ialah Nabi,penghulunyo kito,
Pesuruhnya Tuhan,
Sekaliannyo alam,
Suruh mengikut ugamo islam,
Turun diatas,akan Quran,
Wajib percaya laki2 perempuan,
Rasuulullooh,
Namo muhammad,
Anak abdullah taahu sekalian ummat
Kesudahan rasul sampai hari kiamat
Inilah nabi banyaknya umat,
Ibnul muttolib,anoknya hashiim
Keturunan zuriah nabi ibrohiim
Negerinya mekoh tempat bersalin
Pada madinah tempat bermukim,
Bondanya aminoh anaknya wahab,
Teloh muafakat sekalian mazhab,
Pada malam juM'aat, bulannya rajab
Itulah maso yang sangat mustajab
Itulah malam mengandungkan Nabi,
Dengan izinnya allah ,tuhann robbi
Malamnyo itu, awalnyo jadi
Dikehendaknya Allah mengadokan nabi,
Sertanya pula dilangit berbunyi,
Suara diatas, dengar kebumi,
Aminooh pun dengar ,dilangit berbunyi,
Suara yang elok , bunyi begini,
Nur yang taruh dalam perbendahroaaan,
Yang padoo muhammad alaihissalam,
Telah tetap pada perut,
Aminah ini malaam,
Dengan kuasa tuhan sekaliannya alam,
Lagi akan keluar ,bagi manusia,
Keadaannya suko,suko yang raya,
Pada malamnya bunting ,syurgo dibuko
sekalian bidadari ,sangatlah sukoo
Ituulah sebaab ,sangat bercahyoo,,
Pada malamnya bunting ,penghulu yang mulio,
Sekalian dunia mahligainya rajoo,
Melihat akan pagi binaso serta kerejo..

Malam khomis,12syawal1438H.

Tuesday 4 July 2017

Islah diri di bumi India

بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمد لله.

Lama rasanya sudah tidak diupdate blog ini.
Hari ini ingin berkongsi mengenai 'perjalanan islah diri'(nanti disebut PID) yang hina dina ini di bumi Hindustan atau negara India.40 Hari yang cukup bermakna.Bermula 15Syaaban cuti pondok, hinggalah balik hari raya pertama di India (2Syawal1438H Malaysia)
Alhamdulillah summal hamdulillah. Teruskan membaca, yakinlah,anda akan dapat 'sesuatu'.

Apa yang anda terlintas bila dengar India?
Saya dulu bila sebut India terlintas mengenai negara yang kotor,primitif,dan kolot. Macam-macam lah. Bertepatanlah fikir saya yang dulu itu dengan kata Sayyidina Ali, "annaasu a'daa-u- ma jahilu",manusia itu seteru dengan apa yang dia tak tahu.
  Saya bukan nak perbesarkan mengenai India itu, dan jauh daripada ta'asub dengan India. bukan poin utama India,perlu diingatkan. Tetapi,isunya ialah usaha dakwah tabligh yang dicontohkan dan dipelopori oleh Maulana Ilyas rahmatullahi 'alaih. Usaha Maulana Ilyas yang berketurunan Abu Bakar as siddiq ini telah diterima dan dibawa begitu ramai orang2 alim seantero dunia masa ini, mula daripada zamannya hinggalah sekarang. Hampir 100tahun@sekurun@seabad.Usaha dibangunkan mengikut cara Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم telah diilhamkan Allah kepada sosok tubuh yang begitu tinggi ilmu,kealiman,kezuhudan dan warak berbanding ulamak pada zamannya. Itulah yang telah diteruskan oleh cicit Maulana Yusuf sekarang iaitu Maulana Saad  daamat barokaatuhu berpusat di Basti Hazrat Nizamuddin,New Delhi. Allah telah pilih masyaikh2(di India masyhur orang alim dengan Maulana) ,orang2 professional (seperti saya lihat doctor,engineer), dan orang2 awam di sana bagi menjadi 'pioneer' dalam usaha ini yakni usaha yang paling besar, yang satu-satunya akan bagi kemuliaan kepada ini ummat iaitulah usaha Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Usaha amar makruf dan Nahyun 'anil munkar.
  Alhamdulillah, bila sudah bergelumang dengan tabligh ini, hari demi hari ,minggu demi minggu ,bulan demi bulan, kita dapat berita yang mutawatir katanya 'usaha' yang amat hebat, amat popular masyhur, dan 'tiada tara'nya sebenarnya wujud dan 'lahir' di bumi India ini.
Jadi, Alhamdulullah dengan izinNya saya seorang dengan limpah kurnia Ilahi dapat bertandang ke INDIA, juga berkat asbab usaha ini. Alhamdulillah.Lama dah kita dengar karkuzari2(cerita,laporan~istilahh tabligh),bayan2, nasihat2,ilmu2, daripada orang2 lama yang pernah keluar di sana,tapi kali ini mendalami sendiri,musyahadah(pandang) sendiri ,merasai sendiri sifat orang2 di sana menambahkan lagi rasa yakin dan teguh dalam usaha ini. Berkat usaha tabligh, Daerah Mewat(xsilap sepanjang 100km) dan orang2 Mewat yang asalnya tak tahu membaca menulis telah begitu subur ugama di daerah mereka,bahkan ramai Amir2, buzrug2(orang2 lama)tabligh di Nizamuddin sekarang ialah orang mewat. Inilah, berkat satu ketika dulu mereka ikut Maulana Ilyas, hingga sekarang semua saham orang-orang tabligh jatuh kepada mereka,dan memang kalau ke India setiap orang akan pengen(kata orang Indo) dan mahu ke daerah Mewat yang barokah itu.Memang benarlah kata orang tua(Maulana Yusuf), "Beruntung orang yang boleh AMBIL USAHA ini, dan lebih beruntung orang yang boleh ISTIQAMAH DALAM USAHA ini dan lebih beruntung orang yang MATI DALAM USAHA ini. Mudah-mudahan Allah Ta'ala pilih saya dan tuan2 semua untuk 'terjun' dalam kerja ini yakni USAHA DAKWAH TABLIGH atau kata syeikhuna pak Da Eil Kerasak(yang terlebih patut dipanggil) USAHA ISLAH DIRI.
  Khulasohnya saya boleh buat dan ambil daripada PID yang sebenarnya saya rasakan begitu singkat ini, Allah telah ubah hidup saya. Saya yakin dan pasti.Walaupun kalau saya rasa was-was,saya telah tolak dengan keyakinan kepada 'berkat' usaha Nabi ini. Allah akan ubah sedikit atau banyak, saya sedar, atau tidak, sama ada diri saya, keluarga ,atau ummah dari segi Imaniyyah(iman), Ibadah, Muamalah,Muasyaroh,dan Akhlak. Inilah 5 tiang dan asas, jika kukuh dan betul kelima-lima unsur ini maka sempurnalah agama dalam diri seseorang.
  Intaha.alfaqir ibnu zakuan albasyuqi.
  Baiti jannati, Kg Pak Pura.
  12.00pm,
  Yaumul arbiaa',Hari Rabu yang barokah bagi orang Islam dan nahas bagi orang kafir.
  Ilal likoo',bersambung insyaalah.