Thursday 31 July 2014

Ke'tidak kena'an dalam keluarga

1,Bab aurat
Aurat sesama ahli kelurga adalah di antara pusat dan lutut. Bukannya seperti yang mana kebanyakan orang memahami bahawa aurat apabila bersama ahli keluarga jadi bebas. TIDAK! Ayah, misalnya tidak boleh pakai seluar spendo@ underwear saja2 di depan anak2 yang sudah besar. Kerana ia mendedahkan pusat dan lututnya ataupun lututnya itu. Begitu juga sesama adik beradik tidak boleh sama2 anak lelaki memakai seluar pendek dan ditengok oleh yang lain. Begitulah halnya juga dengan adik beradik perempuan sama laki2.
Usahlah menanya antara emak dan ayahnya,setara mana aurat? Itu almaklum dah.

2,Bab Maksiat
Ini banyak yang tidak terjaga sebenarnya dalam institusi keluarga hari ini. Kita ambil yang paling sinonim dengan masyarakat hari ini iaitulah tv. TV memang suatu yang 'wajib' hari ini. Keluarga yang tak ada tv macamana? Kolot kot, ataupun 'pelik' dan aneh bin ajaib. Begitulah agaknya! Sejauh mana tarbiah masyarakat hari ini tengoklah amalan dan kerja buat mereka seharian. Bagi saya, keluarga yang tidak punyai tv pada hari ini adalah keluarga yabg amat hebat tarbiahnya. Keluarga yang taat! Kerana dia telah menidakkan dan meniadakan 'ibu segala kejahatan' itu. Ummul khabaith itulah gelarannya yang diberi ulama'. Tapi ingat!! Bukan kerana miskin,tidak berduit tak boleh beli TV atau Astro tapi kerana semata-mata mahu tinggal maksiat yang sebesar-sebesar ini. Maksiat daripada TV!
Ditambah pula smartphone hari ini, fikir-fikirkanlah!

3, Bab basuh baju
Basuh baju perlulah dibilas pada akhirnya satu-satu helai dengan mengalir air. Biar air jadi mengalir. Mengalir supaya hilang najis yang mungkin ada. Sebab apa buat begini? Ini kerana jikalau sehebat manapun mesin basuh sekarang ditambah sabun terhebat sekalipun ia tidak mensucikan kain pada sisi syara' jikalau kain itu ada najis. Najis itu jadi tidak mengalir keluar.Tidak suci itu kerana begini. Kita tengok apabila masuk pada mode rinse air akan bergenang, dan akhirnya dibuang dan kalau ada sekali lagi pun air akan bergenang begitu juga,semuanya bercampur gaul. Maknanya jikalau satu kain ada najis, air yang ada itu menjadi mutanajjis(bernajis) dan menajiskan habis kain2 yang lain yang terendam di dalam air itu(pada ketika mode rinse). Akhir sekali air dituang begitu sahaja untuk ke mode spin pula. Tinggallah kain dengan 'cemar' begitu. Jadi apa guna rinse? Bilas itu mencucikan?? Lainlah jikalau kain itu tiada najis maka tak mengapalah.
Jadi solusinya begini.
Caranya kita ambillah kain bilas satu2. Dan barulah dimasukkan untuk kali terakhir untuk di spin atau dikering. Jikalau kain banyak kita masukkan dalam satu bakul berlubang kita cucur air di atasnya dan balik-balikkan kain agar meratai pengaliran air itu. Mudah-mudahan cucilah kain kita. Supaya apa? Untuk sah ibadah kita lah..

4, Bab Sembahyang
Ini sebenarnya tidak perlu disentuh. Tapi biarlah kerana ini umbi agama. Sepatutnya inilah yang 'amat sangat dan terpaling utama' perlu ditekan dalam keluarga. Lebih daripada segala-gala. Dan ibu bapa perlulah marah kepada anak-anak dalam hal ini melebihi hal jikalau anak tidak bekerja dan sebagainya. Tiada sembahyang runtuh agama! Ingat..Apa guna jadi orang Islam jikalau kita hidup tiada nilai sebagai orang Islam? Samalah dengan kafir itu, samalah dengan tok sami dan buddha Nasara. Ingat satu,hidup kita berjaya dengan kita jaga sembahyang. Itu yang paling besar! Itu kuncinya.

Ada lagi bab2 yang besar seperti akidah dll perlu disentuh..
Insyaallah,
Bersambung..

No comments:

Post a Comment