Thursday 2 January 2014

Teknologi minima Impaks maksima

Contoh paling baik kita dapat ambil iktibar dan fikir ialah daripada sebaik-baik kurun iaitu zaman Nabi Muhammad saw. dan para sahabatnya radiallahuanhum ajma'in. Tengoklah betapa ahli Badar yang berjumlah sedikit sahaja iaitu 313orang tetapi kekuatan dan ketumbukannya terlampau. Mengatasi akal, logik, dan hukum adat. Manakan tidak kekuatan seramai itu telah mengalahkan satu puak yang begitu ramai yang berjumlah 3000 orang beserta kelengkapan yang cukup dan canggih.
Kita ambil beberapa iktibar:
1) Kekuatan umat Islam terletak pada kekuatan yang ghaib. Iaitu unsur atau anasir dalaman sebenarnya sebagai tunjang kekuatan dan hebat Ummah itu sendiri.
2) Teknologi canggih bukan pengukur atau penanda aras kekuatan sesuatu puak.
3) Ahli Badar ialah satu pasukan pejuang terhandal kerana suatu faktor, iaitu hubungan mereka dengan penguasa alam iaitu Rabb Azza wa Jalla. Bahkan mereka itu insan-insan yang diredhai oleh Allah, sehingga disebutkan di dalam alQuranul Karim.

Perhatilah!

Inilah sebenar2 kekuatan,
Kekuatan rohani,
Yang tandus,
Pupus,
Daripada Umat Islam.
Sama2lah kita berusaha,
Menanam 'jati diri ummat',
Jati diri yang hakiki ini!!
Allahul musta'an..

No comments:

Post a Comment