Thursday, 13 March 2025

Pemikiran dan pemahaman yang salah

Adalah satu pemikiran yg salah bahawa Islam akan berkembang apabila kita sudah ada kuasa dan harta.Sedangkan mereka yang memiliki kuasa dan harta sedang menguburkan agamanya hidup-hidup. Hari ini, orang yang mempunyai kuasa dan harta tidak dapat mencontohi kehidupan Abu Bakar رضي الله عنه dan Umar رضي الله عنه bahkan mengekori gelagat Qaisar ،Kisra, Syaddad, Qarun, dsbnya. Menyangka Islam akan berkembang dengan perkara itu adalah pemahaman yang sungguh salah sama sekali. Apabila kita melihat mereka ,maka hati kita harus berkata
أنى يحيى هذه الله بعد موتها
"Bagaimana Allah menghidupkan kembali setelah ia dimatikan" (al-baqarah 259)
Bila2 pon Islam hanya berkembang dengan pengorbanan. Begitu juga zaman ini islam hanya berkembang dengan satu cara sahaja iaitu dengan pengorbanan.Apabila Islam telah berkembang, maka perkembangannya akan meluas sampai kepada wilayah musuh Islam disekelilingnya. Apabila orang Islam sudah tidak mahu berkembang lagi maka kehebatan dan kekuatan Islam akan lenyap.
(Tazkirat Hadradtji Maulana Yusuf rahmatullahi alaih_malfuzat maulana Yusuf)

No comments:

Post a Comment