Friday 30 December 2022

SETAHUN berlalu..

Alhamdulillah summa alhamdulillah summa alhamdulillah..

  Allah Taala masih bagi peluang untuk bernafas dan berguru dengan masyaikh di Maahad Darul Hadis ...
berada di bawah tarbiah syeikhuna Dr Yasir memang begitu beruntung, mengujakan,dan bertuah.ilmu2 yang dihamburkan beliau cukup mahal dan bernilai.
Itu belum ditambah mudarris mudarris lain yang ada di sini.

esok 31.12.22,

'ttemu ttakot' tempoh setahun.Alhamdullillah ya Allah, kurniakan hambamu ini rasa syukur yang sebenar-benar, kurniakan hati yang benar-benar menghargai nilai ilmu dan tempat yang diduduki,dan himmah yang tinggi untuk jadi sebagai 'ummah' buat ummah ini..

Kata Syeikh 'Adil hafizohullahu Taala guru kami,mengajilah sampai umur 30 tahun ke atas,
perkataan yang hampir sama sebagaimana Amir Ki,menantu Babo Ismail Kerasak(masyhur@Pak Da 'Eil Kasok)
.Nak bagitahu betapa ilmu itu nilainya tinggi, dikejar sehingga mutqin, sebelum ke jinjang pelamin! :-)
Robbi yassir wala tu'assir. Robbi zidnii 'ilman..

**Sedikit pesan buat adik2 dan sahabat2 yang ingin mengaji di sini(bumi Yaman khususnya dan tanah Arab lain),tuntutlah ilmu seperti fardhu 'ain dan asas2 ilmu alat sebaiknya dahulu(seperti bertalaqqi dan menadah di pondok di Fatoni@Pattani,Kelantan atau lain) sebelum datang ke luar negara.Dan bahasa Arab kena usahakan biar boleh bermuhadasah(interaksi) dan berhiwar.insyaallah pengajian akan kemas dan bermutu bila datang ke luar negara ini!!
Bak kata guruku yg disayangi,Baba 'Eil Kasok,
"Pisang,pisang ni kalau putik,tak leh makey(makan) kalu hantar ke luar negara!(yakni kalau ilmu separa masak,alamatnya tak menjadilah kalau belajar di luar negara!-kalam ini ambo perati,memang betul sungguh,tok guru2 pondok sangat tahu dan arif apa yang dikata,kalam qowiyy!!)

Wallahua'lam.

Petang Jumaat,
Maahad Darul Hadis Syeikh Yasir,
kota Tarim alGhanna,
30.12.2022

No comments:

Post a Comment