Friday 2 December 2022

Syeikh Nuruddin,Ulamak Karismatik dan prolifik..ziarah maahad kami..

Kedatangan ulamak yg ditunggu-tunggu..

Syeikh datang lepas Zohor ke Maahad kami,kami pelajar menyambut beliau dengan gendang rebana,marhaban..syeikh diiringi masuk ke dewan Maahad Darul Hadis,Tarim..
Pertama sekali didalam dewan,majlis dimula dengan membaca ayat2 quran dan Hadis assyarif..
Kemudian
Pelajar membentangkan program perjalanan harian maahad.Syeikh Nuruddin mendengar dengan teliti muqorror maahad kami.

Setelah itu,kata2 aluan daripada guru kami,Syeikh Yasir alAdni.

Syeikh begitu gembira kerana kata beliau seolah2 dtg ke malaysia atau Indonesia kerana disambut dgn Busro Lana dan marhaban...
Beliau menebak, ini  gendang yg digunakan ana rasa memang daripada Indonesia !..Ya,100%betul tekaan syeikh..

syeikh sempat menghadiahkan kepada Syeikh Yasir dan masyaikh kami, buku mujarrobat makkiyah beliau, buku tahrim tadkhin(haram rokok), dan haram dhorbud dufuf filmasjid(memukul gendang dalam masjid).Lebih kurang tajuk buku,saya lupa.

Syeikh menaqalkan kalam Syeikh junaid dan hasan basri mengapakah mereka masih memegang subhah sedangkan mereka sudah wusul?
mereka menjawab kami ingin mengingati Allah dgn lisan kami, hati kami, dan biji tasbih kami..

  Orang2 salah menggunakan kaedah, menghisap rokok makruh,memang kerana ada dalam kitab syafieyyah. kebanyakan mengatakan makruh. sebenarnya kata syeikh,kaedah العادة محكمة. dan juga
ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب...
'dipergunakan' orang termasuk ulamak2(Indon syeikh sebut.tuju kitab dia)untuk memperbolehkan jadi sekurang-kurangnya sunat bagi mengjustifikasi kehendak dia.Allaah..(ini nanti ana akan tulis menurut penerangan buku syeikh mengapa rokok haram) Siapa yang hisap rokok dalam masjid syeikh mengatakan akan bawak kepada jatuh Iman dan terkeluar daripada agama kerana istihzak(menghina kemuliaan masjid).

  Kemudian,dengan permintaan Syeikhuna wa abina Syeikh Yasir, Syeikh Nuruddin meriwayatkan hadis musalsal bilawwaliyyah dan musalsal bilmahabbah beliau.
Semasa menghuraikan hadis musalsal bilmahabbah, syeikh menyatakan isykal, apa yang peliknya, bila kita meminta dgn Allah untuk mengingatiNya dan untuk elok beribadah kepadaNya. Apa yg susah, kita menyebut Subhanallah, Lailahaillah, bukan payah pun...??
Syeikh melanjutkan, Ya,, memang tak payah tetapi bila diteliti dan ditengok waki'(realiti), ramai orang yang tidak menyebut nama Allah ketika memakai baju, masuk tandas, ketika makan dsb.. hatta ketika bersama dgn ahlinya(isteri), tidak didahulukan dgn nama Allah!

insyallah bersambung..maaf yer tak sempat menulis.kerana disini pakai telefon seminggu sehari jer..:-)

No comments:

Post a Comment